Taman Tasik Perdana

NoorNazuha | 3:09 PM | 10Comments |
Salam

Hari ni dah masuk hari yang ke 14 saya mengalami Batuk dan flu yang dasyat. Tapi dah berkurangan la sikit compared dengan last week. Alhamdulillah...Allah nak hapuskan dosa dosa..:)

Apa aktiviti korang last week.? dah nak hampir penghujung cuti sekolah dah. So far memang tak kemana mana. Bila badan tak sihat ni memang tak ada mood nak berjalan jauh jauh. Aktiviti biasa di hujung minggu ialah gi buat eye theraphy. Maksud saya pergi cuci cuci mata dengan tak perlu nak keluarkan bajet yang besar. Besides tuh, dah lama jugak rasanya tak gi snap snap gambar..:)



Actually kali terakhir lepak kat sini rasanya zaman rombongan sekolah dulu kot. Mau nye 15 tahun lepas or maybe 20 tahun lepas. Petang tuh ada event di sini. Hari keluarga DBKL. Tapi masa kami sampai majlis dah almost habis. Temat tempat macam ni menarik kalau jogging ataupun wat Garden Wedding.


Tempat kanak kanak lepak


Taman Mini Dinosaur



Sesuai kan bawak anak anak lepak sini. Banyak permainan ada. Apa nak buat, kami hanya berdua. So tengok ajela...belum rezeki..:(

Mula mula tertanya jugak kenapa Taman ni dipanggil Taman Mini Dinasour, bila diperhatikan semula, rupa rupanya pokok pokok di sini dipotong berbentuk Dinasour. Kreatif...


Ada nampak bentuk tak?



Perjalanan kami diteruskan. Mak aiii..berpeluh mak. Dahla badan tak fit. Dengan batuk dan selsema yang tak henti henti....Cuaca agak mendung petang tuh. Tapi bahang cukup terasa. Mau berkilo kilo peluh dibuatnya. Kalah orang jogging kat sinii... Dah la turun naik bukit. Seriously memang dah tak fit..


Eye Theraphy


Jom Jogging

Tak ada apa apa event hari tu



Cuci mata lagi....

Menyejukkan mata


Air terjun tiruan yang mendamai kan...


Mr Hubby yang perasan dia dah kurus....
Di sini ada disediakan macam macam kemudahan. Surau pun ada. Tak perlu risau. Tapi kalau nak compare dengan Tasik Titiwangsa, kat sini lebih sunyi dan mendamaikan. Sesuai kalau nak amek gambar....Kalau di Titiwangsa tuh dah crowded sangat. Ada gak cerita cerita Mistik orang orang yang suka jogging belah belah senja kat Tasik Titiwangsa tuh. Wallah alam betul ke tidak cerita tuh...


Mini Tasik kat sini.


Apa nama pokok ni agaknya?...
Kiranya sepetang tuh kami cuma cuci mata kat sini jeh. Plan lepas tuh nak ke Tugu Negara tapi dah tak larat. Malam nak layan Hobbit, so tak nak la badan penat sangat. Kang wayang pulak yang tengok saya......tak syok kan...but truly, cerita Hobbit Desolution of Smaug ni lagi best dari yang first sebab adventurious sikit dan tak banyak cakap.....so dalam mengantuk tuh terus jadi tak mengantuk...

Okla..sampai sini dulu pengisian kali ni.....tak banyak pun mungkin ada serba sedikit dapat kita share sama sama kan.....tata...

Lots of Love....


Terima kasih, datang lagi.

10 comments :

Lieya Von Jay said...

nampak mcm best ja tmpat ni kak :) kalo bawak makanan mai berkelah lagi gempak ^_^

Normi Nieza said...

cantik view kat situ..:)

Lynn Hamzah said...

dah makin cantik taman tasik perdana nie...leh la bawa anak2 gie beriadah bila balik kl nanti...

Cik Yaya said...

salam cik zuha.. =)

lama yaya xdtg lawat sini..pe khbr?

beshnyer taman..tapi jao la plak lau yaya nak p..kat area klang/shah alam ni rase xde taman cmtu..ade yg menarik pun cuma bukit cahaya@cerakah je la..heee

Mime MF said...

hijaunya tmpt ni..tenang je rasa tgk kehijauan cmni..:D

ziana said...

Seumur hidup x pernah g sana.

Roha said...

salam kenal zuha..
cantiklah view kat taman tasek perdana..tak penah sampai lagi lah huhu

Azhafizah Md Nor said...

tak pernah smapai ke sini..menarik jugak tempat ni kan..btw,take care and get well soon..

Jemput singgah ke blog
Blog Azhafizah.com

PrincessAyuni said...

hai kak...bestnyee tempat tuu. cantik!!

Hafiza AizZawa said...

cantiknye.. pernah sampai sini ms zaman budak2 dulu jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...