Toyota Vios for Sale

NoorNazuha | 11:37 AM | 6Comments |
Salam Dearest

Hari ini hari jumaat...Alhamdulillah diberi kesihatan badan untuk meneruskan misi mencari Rezeki di bumi Allah yang luas ni..entry ni nak advertise sikit. Ada sesiapa berminat nak beli Toyota Vios 1.5 J 2010 tak?...
  • First owner
  • Malay Owner
  • Accident Free
  • Serviced done at Toyota Centre only
  • 56,000 mileage 
  • Auto Transmission 
  • Price RM59,000 (Nego)











Kalau ada yang berminat boleh hubungi 013 3451803 atau 012 6982694 untuk tengok kereta yaa.......okla..entry pendek jeh.....jumpa di lain masa.....love you all..:)

Terima kasih, datang lagi.

Who gets the Fridge Magnet and Let's Thai

NoorNazuha | 6:47 PM | 14Comments |
Salam All..
Pengumuman:saya telah poskan FM pada yang berminat pada minggu lepas.Antara nama nama terawal yang berminat:-
  • Wan Nurul Asikin, Penang
  • Hasnim Harun, Sabah
  • Mohamad Zaki, Perak
  • Rizle, Penang
  • Jaja, Kuantan
  • Syazwani, Melaka
  • Emy Yuzreena, Perak
  • Asmah, Sabah

Sesiapa yang dah terima, bolehla inform saya ye...maaf kalau FM tak menepati citarasa kalian semua. Saya ada lagi sedikit yang tinggal. Kalau masih ada yang berminat, sila email saya di myzuha23@yahoo.com ye....


 Ok, ok.....another chapter

Saya jarang jarang update pasal kemana saya pergi kalau weekend, apa saya makan, apa saya buat, movie apa saya tengok. Serius, saya tak ada idea nak bercerita...:)..kali ni saya nak bawak korang semua pergi makan la. Saya dan Mr Hubby sangat suka kan masakan Thai. Bagi saya, masakan Thai adalah yang terBEST la so far....and the best Tom Yam ever yang pernah saya rasa ialah di Amarin Heavenly Thai, di Midvalley. Kali ni saya and Mr Hubby ke Sunway Giza. Kat sini pun ada.

Saya mula kan dengan Mieng Kam, sejenis Starter popular di Thailand dan juga Laos. Starter ni best jugak. Ada cili padi, udang kering, cashew nut, bawang, halia dan jugak bawang putih di makan bersama sama dengan sos thai yang special tuh....:)


Mieng Kam


Hot Deep fried Garoupa with Thai chilly Sauce



My favorite bowl of Red Tom Yam Goong with Seafood



 Thai Fish Cake


Thai Iced Tea
Yang di atas adalah menu menu regular saya kalau saya makan Thai..hehe..tapi bukan la selalu sebab kalau selalu akan bosan pulak. Ikut selera tekak jugak kalau nak pergi makan kan....Okla....saya berhenti di sini dahalu.....berjumpa di lain post, insyaallah..:).


Terima kasih, datang lagi.

Orchid Park

NoorNazuha | 3:11 PM | 15Comments |
Salam Semua

Cuti Sekolah dah berakhir. Nampaknya jalan raya akan jam semula kalau nak pergi kerja. Rutin harian semakin membosankan. Kalau masa cuti sekolah,memang jalan raya macam bapak saya yang punya. Heaven jeh. Cuma jam time nak balik sebab semua pakat pakat nak shopping......okla, saya nak menyambung aktiviti berjalan time cuti sekolah ni. Dah lama tak ke Taman Orkid. Kali ni kami pergi saja suka suka nak amek gambar. Mula mula nak ke Taman Burung, tapi tak jadi sebab orang boleh tahan ramai.



Ye suatu ketika dulu, nak masuk memang kena bayar. Tapi diorang dah buat free admission. So terjah jeh la. Mostly yang datang sini semua nak amek gambar. Cuaca sangatla panas.Berpeluh peluh walaupun ada kipas di merata rata.Okla, jom amek gambar...:)


Orkid yang tak dilabel jenisnya, so tak tahu nama


Purple + White Orchid



Yellow one



The Red



I wish i know the name




Kebanyakkan Orkid kat sini dalam proses ditanam semula. Tak banyak yang kembang. I wonder kenapa tempat ni dah jadi free admission. Maybe kurang sambutan kot. Selain itu, tempat ni juga ada bazar Orkid kalau sesiapa nak beli Bunga Orkid dan beberapa kedai Souvenier. Saya tak beli pun. FM kat sini agak mahal sampai 15.90 satu. Terus tak jadi beli....





Lama tak tepek gambar sendiri...:)


Orkid yang dijual di Bazar Orkid

Yang masih ditanam

Okla...sampai sini dulu....nak sambung kerja...tengah tengah tahun ni kerja menimbun nimbun....jawabnya semakin kurangla update blog....K all.....see you in the next entry........:)

Terima kasih, datang lagi.

We bought a Zoo

NoorNazuha | 4:18 PM | 13Comments |
Salam Semua...

Eh..dah lama tak pergi berjalan. Cuti sekolah ni semua seronok berjalan jalan. Saya tak tahu nak kemana. Jemputan kawin tak semua boleh attend pasal jauh. So, jom lepak Zoo Negara. Tujuan sebenar sebab nak guna kamera baru...Ececece...rugi rasanya tak dapat amek gambar cantik cantik kalau suka travel kan....:)

Pernah tengok filem "We bought a Zoo" tak?Best cerita tuh. Sedikit sebanyak bagi idea gak nak gi Zoo ni.....hehee..

Orang boleh tahan ramai. Yang pasti cuaca Masyaallah sangat terik. Rasa nak pakai short jeh...(ishhhh...).Kami sampai dalam pukul 3 petang. Ye kali terakhir ke sini rasanya hampir 5 tahun lepas. And zaman sekolah dulu. Tak banyak yang berubah. Cuma haiwan disini dah semakin kurang rasanya.



Mulakan sessi mengambil gambar dengan Mr Seladang yang tak berapa friendly ni. Seriously memang tak mesra alam.hihihi....

Say Hi to Mr Seladang
Later, jalan jalan lagi. Ramai betul budak budak. Maklumla cuti sekolah. Singgah tengok Mr Tapir yang terbiar ni..:)..kesian..tergolek golek jeh. Ingatkan mati tadi. Rupenya tido. Maybe sebab cuaca panas sangat. Saya curah kan sikit Air Mineral atas badan dia. Nak bagi dia bangun, tapi tak jalan. Lena sangat mereka ni tidur..:)


Mr Tapir is dead..ohhh no...taking a nap.......:)


FLORA 
Try gunakan imej Macro kat kamera ni. Serius tak pandai. Kena belajar lagi ni.....So amekla gambar pape yang patot or tak patot....Maybe saya memerlukan Lense yang lagi besar. Boleh Zoom lagi detail...tapi tunggu bajet mengizinkan. Tak guna jugak ada lense canggih tapi tak pandai nak guna....:)


Mr Kambing in action


Intai intai Swan


Beautiful Ms Swan by the lake.


Mr Kasawari


Mr Giraffe in da houze....



Mr Tortis..





The Lion Queen




Add caption





Another Flora



Semut pun kena snap


Mr Buaya


Tak naik pun pick up ni......
Jika nak dibandingkan Zoo Negara 10 tahun dulu, banyak jugak bezanya. Jumlah binatang pun dah berkurang. Kadang kadang tak nampak pun. Reptilia pun tak nampak. Macam kurang penjagaan dan kawalan jeh. kesian kat binatang binatang tuh..hehe...

Zoo Negara tutup pada jam 5 petang...berpusu pusu orang keluar pasal nak bayar parking...Kelam kabut jugak dibuatnya..ooo ye, tiket masuk Zoo ni dah RM50 kalau tak ada Mycard and RM30 kalau dengan MyCard. ,,boleh tahan mahal ye....

Okla...Adiossss....till we meet again..:)




Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...