Namsan Tower

NoorNazuha | 2:18 PM | 17Comments |
Salam

Hoooo yeahhhh.lately rajin update blog sebab kita kurang busy. Best best ada masa nak berblogging ni. Lagipun nak habiskan entry Korea ni secepat yang mungkin takot ada yang muntah hijaun bosan pulak nak baca.(harap tak ada la yek..)..

Menyambung entry sebelum ni iaitu Lotte World, seterusnya kami ke Namsan Tower. Siapa tak kenal Namsan Tower atau Seoul Tower kan. Tak sah kalau ke Korea kalau tak pergi sini. Tapi nak kongsi cerita sedeh. Sedeh sebab gambar gambar yang amek kat sini semua tak cun pasal guna Hp and lagi satu pasal hari dah malam. Ingatkan kat sini pencahayaan cun la, rupanye bila malam gelap gulita and dah tentu tentu memerlukan Kamera DSLR yang power, btol tak?......


Namsan Tower at the back
Baju masih sama kan. Sebab dari Lotte World terus gi sini. Kami ikot Myeong Dong. Salah keluar exit. Sesat entah belah mana pun tak tau. Nampak jeh Tower tu dari jauh. Last last tanya kat Domino. Siap bagi isyarat tangan bagai, nasib dia paham. Dia suh lintas jalan and panjat bukit.

Lepas cross terus kitaorang daki bukit yang hampir 200meter jugak nak sampai ke Stesen Cable Car. Serious, kalau tak ada stamina. memang leteh oiiiii....tengok makcek makcek ni steady jeh panjat. Yelah...kitaorang ni dari pagi tak makan, mau tak ada stamina...!!!

Sempat tanya satu kapel ni kat mana cable car, beriya iya pakcek korea ni tunjuk jalan, rupenya dia pun susah.....ahhhhh..tensen mak...lebih kurang 30 minit mendaki, akhirnya sampai ke Stesen Cable Car. Que fuhhhh...tak sangka ramai sangat. Dari waiting line kata 1 jam, tapi serious lebih. Dekat 1 jam 30 minit que.


Sunset at Namsan


Ni dah kira half way que


Ohhhh..kualiti gambar yang memang disesali
Bila dah nak sampai ke Cable Car, bersesak jugak yang nak masuk. 1 cable car boleh muat dalam lebih kurang 20 ke 30 orang macam tuh. Cantik sangat nite view kat sini tapi memang gambar tak cun laaa.....


Nite view
Naik kejap jeh. Tak sampai 10 minit kot. Tapi nak menunggu tuh yang tak tahan. Sampai jeh kat atas ni, terus bergegas ke love padlock ni. Tapi tak beli pun pad lock nye. Malas pulak. Dah malam malam ni nak kejar masa. Takot time nak turun nanti, kena berebut rebut lagi.


Yuhuuuuu..i am here bebeh


The Padlocks


The Tower

 
Apa ntah nama benda ni

Percaya ke tak, kami tak naik pun tower ni. Malas pulak nak naik. Orang ramai sangat and masa pulak dah suntuk. Cukup cukup la lepak kat bawah ni. Beli souvenier sikit kat sini untuk kenangan. Harga souvenier kat sini boleh tahan mahal.FM tu wajib. Ada macam macam. Cantik2 semuanya. Poskad pun ada.


Ni yang saya beli di Namsan


Ohhhhh...sedihnua tengok gambar ni......


Agaknya berapa jumlah Padlock ni
Tak lama kami kat atas ni. Tak sampai 1 jam pun. Terus rushing nak turun. Nasib baik orang tak seramai masa nak naik. Lega mak.Ohhh........


Menunggu Cable Car sampai


Dah sampai
Bila tengok Cable Car ni, tetiba teringat scene dalam Drama Boys over Flowers. Tak ingat episod berapa yang Gun Jun Pyo ngan Jandi dating kat Namsan Tower pastu terkunci kat sini. Sweet sangat scene tuh kan.....hehehe......Cinta baru berputik gitu....

Selepas turun dari Namsan Tower, kami terus ke Myeong Dong. Apa lagi.nak terjah Store store skincare kat situ. Macam macam dah dalam kepala ni. Okla...sambung dalam entry yang seterusnya.......nak sambung kerja...babai...

Terima kasih, datang lagi.

17 comments :

Izzati Amira said...

saya paling suka semua tempat yang ada padlocks. cantik sangat!!

Time Traveller said...

Kisah padlock di Namsan, Korea huhuhu... :D layan view sambil kesejukan :D

nurhidayah said...

Menariknya.. Salam lawatan kembali.. nak komen kat shoutbox xdpt.. tmpt komen xkua.. hehe.. saya follow 1914.. :)

Unknown said...

mcm byk habiskan masa beratur je kan. hehe.. tp berbaloi lah, bila lagi nak smpai sana lagi. :)

Barniyah Ammara said...

Cantiknya pemandangan~ :)

ezyra taharin said...

seronok nye la tengok akk pergi berjalan kat korea.
lepas ni kakak sye pula nak pergi sana.makin jealous la saya hukhukhuk

zila@akulovetravel said...

Drama Boys over Flowers?? ok..saya nak tengok lah drama ni..online :)

Unknown said...

wah..bestnye dpt travel ni..

Jari Manis said...

ramai jugak org ke Namsan Waktu malam yek..hari tu time sis JM naik cable car tu siang..x perlu Q..sampai je terus naik..kalau perlu tunggu sampai 1 jam lebih tu wahh...pengsan..

Unknown said...

banyak nye tempat pergi.. huhu best...

Zierwa Zainal said...

wah..namsan tower.. tgok dlm cite korea je.bestnye..

Lieya Von Jay said...

banyak drama yang shot kat sini kak. bertuah kak zuha dpt jejak kaki dah.. ^_^

sukasukitulisblog said...

don't worry takde yg muntah hijau...baca yg zuha tulis dpt rasa mcm pegi sendiri :)

AwekTrader said...

bestnya jenjalan

Anonymous said...

Assalamualaikum kak nk tnye kalo turun dari namsan tower tu boleh jalan kaki ke ke myeondong? Dekat ke myeondong dengan tower tu?

Unknown said...

Salam. Boleh tak nak tau itinerary awak kat sana. 7 hari kan. Tq

NoorNazuha said...

Anonymous: yep jalan kaki tapi agak jauh naik bukit ke cable car....heheh

Hani Azhri: Wslam..boleh, nak senang ble email saya ek myzuha23@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...