Vienna-Munich-Paris

NoorNazuha | 4:59 PM | 6Comments |
Salam

Ye, pengembaraan sudah hampir sampai ke penghujung. Perjalanan pulang dari Vienna, Austria ke Paris ialah yang paling jauh iaitu lebih kurang 15 jam menaiki Train. Selain tuh, kena transit di Munich, German untuk naik Night Train. Tak boleh nak bayangkan lenguh duk dalam train tuh. Saya cuma harap kabin kami tak payah nak share dengan orang lain., tapi kali ni memang tak best sebab kena juga share dengan penumpang lain.

Train kami dari vienna bergerak lebih kurang pukul 4.20PM. Sementara tuh, kami lepak di Lounge di Westbanhnof. Best dapat stay kat Lounge first class ni. Boleh lepak dan makan makan ringan. Mostly yang masuk sini kebanyakkan business man jeh....hahaha..poyo plak ayat ni..



OBB lounge Vienna


Sambil menikmati plain cake and ice lemon tea

Kat dalam ni ada wifi semua. Nak tido pun boleh. Semua monitor berkenaan perjalanan Train ada kat dalam ni. So tak yah risau kena tinggal dengan train. Janji kena tau no train  and later diorang akan bagitahu platnoform no di skrin. Disebabkan kat dalam ni semuanya businessman, tak leh la bising bising and nak amek gambar sangat. Nanti diorang kata kami jakunta pulak.....hahaha..


Posing dengan Train sebelum bertolak
Perjalanan dari Vienna ke Munchen HB German mengambil masa dalam 5 jam. Kami sampai ke Munchen dalam pukul 8.20PM dan suhu pada masa tuh Subhanallah..sejuk hingga ke tulang. Perut pulak dan berkeroncong menahan lapar sebab memang tak sempat nak bawak bekal. Puas pusing kat sini cari makanan halal tapi tak jupe. Last last kami beli kentang goreng buat alas perut untuk malam tuh.


Ni satu satunye gambar di Munchen, German
Train ke Paris akan bertolak dalam pukul 10.50PM. Sementara menunggu, kami sempat beli sikit souvenier buat kenangan. Lepas tuh masuk dalam bilik menunggu. Kebanyakkan kat dalam ni dah tertidur tidur sebab dah lama sangat. Ada sekumpulan tourist dari Indonesia lepak kat dalam ni, and hati kecil saya berkata mungkin kami akan naik 1 train dengan dioarang. Punya ramai diorang ni...

Sempat ke Public Toilet kat sini. Ohh lupa nak bagitau, nak masuk toilet kat europe ni mostly berbayar. Mostly 1 euro dan paling murah pun 0.50euro. Paling mahal saya kena di Swiss iaitu 2CHF (RM8)..sila tahan bila nak buang air ye......hahaha...


Public Toilet
Selepas boarding train, memang tak ada gambar la. Kami kena share cabin seramai 4 orang. Sorang Austrian dan sorang lagi French. NAsib baik dedua perempuan. Kalau lelaki, takot oooo nak tidor...mana la tau kan ada yang amek kesempatan. Sepanjang perjalanan memang cukup tak selesa sebab tak boleh baring. Tidur dalam keadaan duduk and keadaan cabin tuh agak sempit. Ada masa dan ketika train akan berhenti sangat lama. Maybe driver train tidor kot. Masa ni, cabin akan jadi panas dan terpengap. Lemas oooo...kena keluar amek angin kat luar. Sempat jugak saya borak dengan 2 orang tuh and luckily english mereka sangat hebat...:)

Sampai di Gare d est Paris lebih kurang jam 8.20am. Ohhhh...lega mak. Perjalanan paling jauh dah dilalui. Tak nak dah naik tren jauh macam tuh leteh. Dari Gare D Est ni kena tukar Station ke Hotel Kami yang terakhir. Hotel ni terletak di La Defence.  La Defence ni ialah Stesen terakhir untuk Line 1 (Yellow Line).

Grand Archer di Station La Defence
Sampai di La Defence, nampak gerbang besar ni. Bila nampak ni teringat cerita Mr Bean Holiday.Hahaha....excited nak bergambar sampai sesat jalan nak cari Hotel. Tanya booth information kat area tuh then diorang bagitau Hotel kami di sebelah kiri Grand Archer. Kami menginap di Renaissance La Defence.

Di hadapan Renaissance La Defence Paris


Lobby


Our room
Nampak tak kedudukan katil tuh rapat kan..tak suka tak suka, dah nampak macam double bed pulak. Terus kami buat renovasi besar besaran. Tarik sana tarik sini semata mata nak bagi katil tuh ada jarak antara dua tuh. Lagipun bilik ni tak besar mana pun. Kena re arrange betul betul.


Hah.....terus jauh


Macam biasala, lambakkan barang barang untuk dimasak
Ooo ye, kami stay area La Defence lebih kurang 4 hari 3 malam sebelum pulang ke Malaysia. Di next entry saya kongsikan aktiviti kami di Paris k. Lama tak wat review tentang paris and tempat menarik kat sini. Ye, banyak tempat menarik kat sini, masalahnya masa jeh yang tak mencukupi untuk explore semua. Total hari saya berada di Paris sebelum ke negara negara lain ialah selama 7 hari 6 malam.

See you in the next entry.......

Terima kasih, datang lagi.

6 comments :

Inani Hazwani said...

seronoknya jalan jalan merantau ke negeri orang :)

shedameor said...

bestnya dapat travel jauh2. sheda minat tapi tak berpeluang lagi. income takde hihihi. makan pon cukop2 je :P

Cik Itah said...

salam. waa..seronoknya!

shahrilhakime said...

untong le muda2 lagi dapat berjalan tempat oghang....

Azwar Syuhada said...

First class! :D

Lieya Von Jay said...

akak g German? wah best nya . Saya nanti kalo ada rezki lebih nak gak travel mcm akak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...