Carrara Market, Australia

NoorNazuha | 4:58 PM | 6Comments |
Salam buat rakan blogger...dah 26 hari kita berpuasa kan..sedar tak sedar, lagi 4 hari jeh nak raya...cepat betul masa berlalu..okla, nak sambung cerita di Gold Coast pada entry yang lepas. Kali ni aku nak story pasal Pasar Carrara. Aku suka tempat ni, macam macam ada. Kalau berkunjung ke sini, tempat ni memang tak bole miss la.

Banyak barang yang dijual kat sini...harga memang boleh tahan. Antara ada duit dengan tak ada duit jeh..hehe..mostly souveniers la, makanan, baju baju, buku buku lama dan semua barang handmade la. Kalo nak cari souveniers memang sesuai ke sini.


corridor
T shirt and souveniers
Something to read...AUD2-3 p/book
Toys!
Kalo diikutkan, still banyak lagi yang dijual kat sini, tapi tak snap pulak masa tuh. Saje nak share dengan rakan rakan blogger jeh. Kalo nak berkunjung ke sini..datang la ke sini. Fridge Magnet pun banyak dan murah. Tak silap 4 ketul ble dapat dalam AUD10.Kira okla tuh kan..Nak ke sini kalau public transport tuh tak sure la naik apa, maybe cab boleh. Tapi advisable kalo sewa kereta jeh sebab jalan senang dan tak jam kat sini. Tak macam kat Malaysia kan, sana sini jam.

Sampai sini jeh entry ringkas ni..nanti aku akan sambung lagi....lagi 4 hari dah nak raya..so selamat menyambut lebaran buat semua.....jumpa lagi..




Terima kasih, datang lagi.

Queensland, Australia-Land of Sunshine

NoorNazuha | 5:54 PM | 4Comments |

Salam buat semua rakan blogger. Sebenarnya ni entry lama, cuma nak update balik bagi detail sikit. Actually, ni namanya percutian keluarga. We went here last year. Sesiapa yang ada plan nak becuti ke sini..amatlah di alu alu kan...sebabnya:

1. Pantainya sangat cantik dan bersih
2. Orangnya ramah dan suka menolong
3. Apartment nya bersih dan murah
4. Banyak tempat menarik.

Oklah, aku story dulu airport. Kalo naik airasia.kita akan stop di Coolangata. Kalo naik MAS, so akan berhenti di Brisbane. So, kami naik airasia jeh. Penerbangan selama 8 jam agak mencabar jugaklaa..hehe

Small Airport for domestic airlines
Me and sis
Jadi OKU kejap
Airport ni kira macam LCCT la..lagi besar LCCT la kot.. banyak flite ke auckland and domestic kat sini. Dari sini, kami amek kereta sewa nak ke Crystal Beach apartment. Keta sewa pun tak la mahal sangat. Dalam AUD30 sehari.Kami amek 2 kereta jenis Hyundai Getz 2 doors.


Loading barang

Nama Apartment..abaikan aku!
Jarak dari airport ke Apt ni tak jauh sangat. Seingat aku less then 5km. Memula tu sesat barat gak la.Maklumla, tempat orang kan. Dah la tak amek GPS. Tapi Alhamdulillah, kami sampai jugak. Layan la kejap gamba-gamba apt ni...
Pool
 View dari beranda.  
Kitchen......
Sampai sampai jeh kat Apt, kami tak lepak lama sebab nak teruskan destinasi seterusnya ke Paradise Country...so sempat mandi mandi and makan makan sikit isi perut, terus kami gerak ke PC. Berpandukan map kami drive ke sana...actually banyak tempat menarik kalo ke sini, tapi ni antara yang kami sempat pergi.

Journey to Paradise Country

My Mom tengah posing
Dekat Paradise Country (PC) ni sebenarnya macam zoo la..banyak aktiviti tentang binatang kat sini, especially kanggaroo dan koalar. Antara aktiviti yang sempat kami attend, ialah sheep shearing, pertunjukkan kuda and anjing, and adalah beberapa aktiviti..Jom layan kejap..oo lupa, sapa nak pegi sinim entrance fee dia dalam AUD25 including lunch (halal).

Ready for lunch

Sheep Shearing
Horse Show
Mr Hubby jadi volunteer.....
Sleeping koala

Cik kanggo

Aussie farm tour

Photo taker....thank you so much dear
Banyak lagi aktiviti yang best kat sini...nanti aku share dalm entry yang seterusnya sebab dah nak balik umah. Malas nak update kat umah...lembap..hehehe..ok..see u



Terima kasih, datang lagi.

Tribute to Egypt Air

NoorNazuha | 2:44 PM | 10Comments |
Salam Ramadhan buat teman teman, dah lama tak update blog..i miss updating my blog again..heheh..no new story to share, so no updates..

Why suddenly aku dedicate entry ni kat Egypt Air lak ek...actually my friend 's friend ada menang lucky draw kat Hotel tempat dia bekerja. 2 tiket ke daripada Egypt Air ke UK. Hotel semua provided. Sapa yang tak nak kan. Apa lagi...kitaorang "beli" la tiket daripada kawan kepada kwan tuh dengan harga 1k..so sorang dalam RM500 jeh...

So....aku akan travel lagi...tak tau lagi bila....hehe....jumpa lagi di lain entry....babai...

Terima kasih, datang lagi.

Kemalangan di NKVE

NoorNazuha | 10:47 AM | 7Comments |
Salam Ramadhan yang ke 5...diam diam dah 5 hari umat islam berpuasa...Alhamdulillah, semoga puasa kali ni diberikan keberkatan.....

Entry ini selingan jeh...kebetulan masa nak balik kerja semalam...suddenly jalan jam teruk selepas Tol Duta menghala ke Damansara. Nasib baik jam awal lagi masa tuh, kalo tak, confirm aku berbuka dalam kereta jeh masa tuh...masa tuh aku nampak Bomba dan polis dah menghala ke arah Damansara. Aku agak mesti kemalangan serius la sebab ada bomba kan......

Sampai jeh kat tempat accident tuh, memang ada satu lori muatan sederhana yang terbakar. Dah rentung dah pun..aku agak lori tuh terbabas dan merempun divider jalan and then terbakar...pemandunya...Wallah hu a'lam....

Bomba dah padamkan api...

Keadaan Trafik
Moral of the story..berhati hati la masa memandu..tambahan pulak dah nak masuk musim perayaan dan nak cuti panjang ni..mesti keluar cerita sama jeh..."KEMALANGAN"...semuanya berpunca dari sikap kita yang tak pandai berhemah di jalan raya......janganla hari raya kali nih kita sambut dengan air mata ye kawan kawan.....salam sayang..and jumpa lagi di lain entry...babai!

Terima kasih, datang lagi.

Salam Ramadhan Buat teman-teman Blogger

NoorNazuha | 2:50 PM | 7Comments |
Salam buat kawan kawan sekalian..dah rasa lama sangat tak update blog, since aku ke stadium Bukit Jalil tengok match Arsenal itu hari...macam macam benda nak share sebenarnya, masa jeh tak ada..heheh..banyak agenda menarik sebelum ni, tengok harry potter la, kenduri la etc...nanti la story slow slow yek....

Sekarang dah masuk 2 Ramadhan, pejam celik dah nak masuk hujung tahun. Cepatnya masa berlalu. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan salam Ramadhan Al Mubarak buat teman teman sekalian. Mesti banyak agenda menarik yang nak dibuat sepanjang Ramadhan ni kan..emmm..nak share sikit jeh story aku tentang pra-ramadhan ni...macam biasala..aktiviti aku kalo free..BALIK KAMPUNG...kat mana?Kampung kitaorang kat Temerloh..jarak 2 jam jeh dari KL...senang nak ulang alik..sebelum menyambut Ramadhan hari tuh, kami sekeluarga ada buat majlis Tahalil kecik kecik sambil sambil nak masuk rumah baru..."house warming cara islam"..hehehe..Aku adik beradik ada share share buat rumah untuk Wan ngan Atok kat kampung...rumah tak ada la besar mana..cukupla untuk berteduh...

Teratak buat Wan ngan Atok

Juadah:Kurma, Sambal Ikan bilis,Apam dan kueh yang tak tau nama..ehe!

Kebanyakkan juadah ni semua buat sendiri dan ada jugak jiran sebelah menyebelah bagi.....Alhamdulillah....Majlis Tahalil ni dibuat selepas asar..takla ramai sangat yang datang..adalah dalam 30 ke 40 orang....cukupla nak wat majlis tuh kan....Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar....

Tengah Tahalil.....

Tetamu sedang menjamu selera...
Semoga bulan Puasa tahun ni akan memberi seribu keberkatan kepada kita semua..and kepada Atok dan wan yang dikasihi, selamat beraya di rumah baru yek..eheh (macam la diorang baca blog aku ni)..we all love you.......jumpa di lain entry...tata!

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...