Shiseido oo Shiseido!

NoorNazuha | 2:03 PM | 10Comments |

Kepala rasa serabut. Tak tau kenapa. Masalah besar tak ada, tapi hati macam tak tenang. Hari ni tetiba nak update blog. Bab muka. Kenapa dengan muka?.....sejarah pemakaian facial cleanser ni bermula masa aku matriks. Masa tu ada booth De Bella bukak kat UIA. Teruja pulak nak pakai produk tu sebab produk tu sangat soft berasaskan Aloe Vera. Pejam celik pejam celik hampir 5 tahun jugak aku pakai produk tu. Hasilnya, kulit muka aku macam tak ada perubahan..hahaha...macam tu jugak la.. Harga De bella tu masa tu tak silap RM35 untuk yang kecik. Boleh tahan dalam 3 bulan.

Lepas tu aku tukar pulak ke Produk Lancome.Facial Cleanser nye memang sangat best. Muka rasa fresh sangat. Rasa dapat muka baru. Saiz 125ml tuh aku pakai sampai 1 tahun. Gilerr jimat. Tak yah pikir nak beli facial cleanser untuk setahun..huh...harga asik berubah ubah. Sekarang tak silap RM109.

Sekarang aku tuka lagi. Tukar ke Shiseido pulak. Idea nak pakai Shiseido ni datang masa aku gi Jepun hari tuh. Kat Apartment yang aku stay tuh, ada produk Shiseido. Ada Shampoo, ada shower gel ngan Pelembap. Best giler.Rejoice sungguh. Pastu berjimba jimba kat Midvalley. Lalu kat Kaunter Shiseido. Apa lagi...gi test produk jap. Nampak mosturise jeh. Rembat satu facial cleanser. Tak nak beli Toner lagi sebab baru rasa nak mencuba. Harga RM110. Ada satu type lagi untuk whitening. Harga RM140. Aku tak nak yang putih putih ni sebab aku rasa aku dah putih...(hahaha perasan pulak). Tak la..apa guna putih kalau muka berjeragat. Biar muka tak putih janji bersih.

Oleh kerana muka aku ni jenis yang sangat la berminyak terutama di zone T..so kena la cari produk yang sesuai. Tak nak amek produk yang khas untuk oily sangat sebab takut lembapan kat muka hilang. Jadi to play safe, baik beli yang sesuai untuk semua jenis kulit. Lepas pakai produk ni...rasa dapat muka baru lagi. nyaman betul finishing. Yang paling penting muka oil free berjam jam jugak sebelum minyak keluar balik..hahah....mula mula muka rasa agak tegang sikit. Macam pakai mask. Lepas tuh sikit sikit rasa ok sangat. So far aku suka...tak tau lepas ni nak stay ke or tukar lagi.....janji bila pakai jerawat tak naik mendadak.Janji boleh pakai tahan lama sebab aku pakai 2x sehari jeh. Nak jimat.

Tapi apa pun, foundation untuk muka yang sihat bukan terletak pada produk yang kita pakai 100%. Banyak sumbangan dari faktor faktor lain jugak. Especialy apa yang kita makan, hormon dan cara penjagaan masing masing.  okla...just a thought....nak sambung kerja pulak.....babai!






Terima kasih, datang lagi.

10 comments :

.: iEyLa :. said...

weee...starting kt UIA tuh..
hye kakak senior.. :p

cendol said...

owh ye..nak try jugak la gune tu..cendol slalu gune olay je.. nice entry =D

..cik hana.. said...

hana guna fair n lovely dari form 1 sampai la skrg...produk lain mahal sangat...x mampu nak beli...hikhik :)

AdilaAzmir™ said...

mahal ye lah hai.
naseb baek berkesan.
kalau tak emsti bengang je kan? hehehe:D

Chenta Eyfa Najibrz said...

Salam Isnin & datang sini nak tgok muka tuan blog dah cantik ke dgn sheseido..hehehe

ziana said...

Patutla Muka sentiasa cerah jer...kih..kih

Alin Marlini said...

hehehehehe..samalah ngan ALin..muka sensitif ngan jerawat...

~~oOpEt~~ said...

waa.. pet guna y biasa2 ja :)

syiela said...

lepas ni mesti cantik berseri :)

Yana Libra said...

mahalnya pencuci muka tu..huhu~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...