TAK seindah Sakura

NoorNazuha | 11:05 AM | 16Comments |
Oppssss...tajuk entry tak best. Tak seindah sakura. Nape ek....aku ni bukan la pengkritik hebat. Dan jugak bukanla nak me"negatif" kan drama melayu. Aku rasa semua tau slot pukul 7 petang kat TV3 tu kan, drama Seindah Sakura tuh. Well, tengok teaser dia first first dulu nampak macam best. Especially Fasha Sandha yang jadi muka utama. Even tak pernah minat dia personally, dia ada bakat la dalam bidang ni. Tak kayu macam sesetengah tu (tak perlu la mention nama). Aku jarang layan drama melayu. Tapi dek kerana slot pukul 7 tuh time di ambang ambang Magrib gitu, and memang tak ada cerita lain yang menarik, so penat penat balik kerja tuh, so layankan aje laa...



Beberapa perkara "rapuh" yang aku rasa macam sangat obvious dalam drama ni....(macam la aku ni observerer sangat kan...hihi.....)..


Nombor Satu, masa scene scne di kampung. Masa Syakira kecik kecik, mak dia kata bapa dia dah meninggal. Tapi tak pernah tunjuk mana kubur dia and isu tu mati kat situ jeh. Agaknya Si Syakira tuh tak berminat nak tanya pasal kubur ayah dia kat mana kot..hehehe

Nombor Dua, Watak Syakira tuh lepas divorce dengan Eizlan Yusuff macam terumbang ambing. Tak nampak pulak dia kerja ke, hanya bergantung dengan duit alimoni 200K tu jeh ke...siap boleh masuk saham, derma sana sini....(banyak kot duit dia dapat tuh)

Nombor Tiga, Hubungan Syakira dengan Fahrin Ahmad digambar kan sebagai Bekas Mak Saudara (Sebab Syakira pernah kahwin dengan Bapa Saudara Fahrin iaitu Eizlan Yusuf), mereka ni dikatakan tak boleh kahwin, Menurut apa yang aku tahu, hubungan mereka ni adalah Mahram Sementara iaitu kalau mana Syakira tu masih jadi isteri Bapa Saudara Si Fahrin tuh, isu sekarang, mereka dah bercerai dan Syakira tu hanya la bekas Mak Saudara jadi mereka ni bukan la Mahram lagi. Dalam Surah An Nisa Ayat 23 menjelas kan pasal Mahram ni,iaitu perempuan yang tidak boleh dinikahi selama lamanya. Hubungan mereka berdua ni kalau diperhatikan tak termasuk dalam Mahram kekal. (please correct me if i am wrong), jadi apa yang saya tahu, mereka boleh berkahwin....

Nombor Empat, scene masa di Paris tu tak tahu la nak cakap macam mana. Asyik berjalan jalan, and berjalan and berjalan. Macam kering idea pun ada. Asalnya si Syakira tu pergi Paris sebab kena tipu, boleh la pulak dia pergi sorang sorang macam tak ada tujuan. And yang tak jogic nye, sebesar besar Kota Paris tuh, boleh terserempak pulak dengan Si Fahrin tuh....adoiiii.....tak ada link langsung yang boleh men "lojikkan" isu ni..(over plak aku ni...)

Nombor Lima, yang ni aku tak sure sangat la bila masa dia tulis Novel. Alih alih ada novel dah diterbitkan. Tak tau la aku ada miss episod episod penting sampai dia sempat nak karang novel tuh. Presumption aku, dia dah bagi sample novel dia tuh kat penerbit sebelum dia fly ke Paris...(agaknya laaa.....)

Nombor Enam, satu yang aku suka, LAGU DIA MEMANG THUMBS UP!

SO, ni just pendapat aku yang ikhlas. Maybe kalau baca novel dia, lain pulak feeling dia. Tak tahula bila dah jadi drama, semua nak shortcut sampai plot plot penting dah kena cut sana sini. Kalau pendapat ni salah, sila maafkan aku yang dhaif ini..hehehe...babai!

Terima kasih, datang lagi.

16 comments :

.: iEyLa :. said...

agree!!!!
bab mahram tu bukan dah cerai diorang bole kawen ke ek kak??
makin lame cite ni makin melalut..meleret2..
tp yg best memang lagu die r..hihi

yana halim said...

Memang banyak lagi kalau nak cakap pasal drama nie. Awal2 lagi, byk sgt peliknya. Maknya si kira tu tunjuk pegi balik keje je. Tempat kejenya langsung x tau kat mana. Paling x boleh blah bab terserempak dgn Aril kat Paris. Senang beno! takde penyebab untuk terserempak langsung. haishhh......byk lagi yg pelik. tp sebab dah terlayan dari mula, hadap je lah sampai habis. huhu

Miz Fieza said...

cerita nie membosan kan ..............hahaha

noornazuha said...

Rasanye kalau drama melayu ni nak maju, kena up kan content la....bukan hanya bersandarkan scne kat oversea..buat la kat madrid ke, Paris ke...kalu dah content "kosong"...rasa macam tak ada maknaaa...

dari sudut Mahram...tu yg akak paham laaa.Mahram sementara..bukan Mahram kekal..so boleh kahwin..tpi kena rujuk pada yg lebih pakar laaa..

Noh Kodiang said...

best ker citer ni...tak penah tengok pon..novel pon tak penah baca...

yusuflaili(Goku) said...

salam;
aku setuju pandangan awak..kalau nak tahu mengapa filem melayu susah nak box-office diluar meh ke blog aku.

Sally Yatiey said...

Saya tak tengok citer ni. Hee, layan citer Indonesia je petang2. Selalunya novel tetap lebih best daripada drama :D

lelamaisara said...

saya pon tak layan cite ni..huuu bosan plak...

sweetsourlife said...

yang bab xleh kawen tu yang konfius.. sepatotnya diorang dah boleh kawen la kan. sebab si Kira tuh dah cerai dengan Paksu Aril.

pasal novel tuh. kira ada bg kat si Aril. then Aril yang bg kat penerbit.

DalilaMian said...

setujulahhh..heheh actually x tgk pun drama ni sbb dah blh agak content die cmne..asal buat oversea je dah kire mcm best..tp jalan cerita...hampeh..ini komen berdasarkan drama2 sebelum ini..kalau jln cite kuat,buatla kt ceruk kampung manepun msti x rasa boring..

noornazuha said...

si pengarah drama tu pun nk menyelit jugak dlm drama ni,x paham btol,pengisian citer ni mmg x kemana..nk salahkn pelakon x bole sbb merel ni hanya boneka skrip,maybe garapan pengarah dan pengisian cerita adalah core dlm isu ni.,

shark said...

x best sgt la citer tu..bila kat tgh2 dah rasa cam mengarut pun ada..

Riswin Zahari said...

Suka lagu soundtrack die je.. hehe! =D

EyraKhairani ♥ said...

baget kurang .. 2 kena buat cita baget2 .. hik3x . setuju pendapat akak tentang isu mahram tue & lagu yang thumb up !!!

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

xtgk pun cite ni..tp org kata novel dia mmg best..yeke?hee:)

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

dila follow sni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...