Tudung and Overseas?

NoorNazuha | 3:32 PM | 21Comments |

Asslamualaikum...
Eh...apa relevant tajuk entry ni kan?...let me peel it......diam tak diam dah setahun lebih aku ada blog. Dalam berblogwalking ni, macam macam blog aku jumpa. Macam macam penulisan. Ada yang kelakar, ada yang asyik nak tunjuk muka sendiri (muncung sana sini, bajet cute agaknya), ada yang suka tayang kekayaan, harta benda, tayang boyfriend dan macam macam lagi. Terhibur jugak kalau dibaca betul betul.

As for me, kenapa aku berblog? Nak tiru orang ke sebab semua ada blog?ok...first and foremost, aku berblog sebab aku nak berkongsi pengalaman dengan kawan kawan di luar sana terutama sesiapa yang minat Travel. Aku suka berkongsi apa yang membuatkan travel tuh menarik. Apa excitement yang kita dapat. Pengalaman yang tak sama dengan apa yang kita lalui hari hari. Meeting with new peoples, new languages, new cultures, new weather and new in everything. Besides, i wanted to share the tips and Budget for those who loves traveling.

Travel to overseas is not confined to excitement, adrenaline, fun semata mata. Bukan hanya nak bergaya dengan boot mahal ala ala Victoria Beckam (spell pun x sure lah) bukan hanya nak memperagakan trench coat berwarna warni yang kita tak merasa nak pakai masa di Malaysia disebabkan cuaca yang panas dan bukan jugak medan untuk kita buka aurat sesuka hati memandangkan kita berada di tempat orang.

I am not an angel.Bukan juga sempurna. Sekadar untuk berkongsi pengalaman. Ada jugak yang bila kat negara sendiri bertudung sempurna, cantik mata memandang, akan tetapi bila bercuti ke luar negara, tup tup.. tudung entah ke mana. Maybe panas kot. Eh....kalau dah travel ke negara ber "zone" sejuk ni apa alasan pulak untuk tidak bertudung kan...or mungkin jugak rasa dengan bertudung ni everything is restricted. Tak boleh bergaya lebih lebih. Tak "rock" la kalau pakai tudung...Wallah alam..tepuk dada tanya selera. Masing masing dah dewasa untuk berfikir...

Ada juga yang janji macam bertudung, pakai lengan pendek, nampak leher, nampak telinga..tapi atas kepala letak selendang semata maata sebab berada di oversea.Tapi bila di Tanahair sendiri, all the sudden, elok jeh sempurna menutup aurat. Nak kata hipokrit, Wallaahu alam.. Ye, bila bercakap bab agama, sesetengah orang berpendapat, masing masing jaga hal sendiri, Kubur pun lain lain. Sendiri punya amalan, sendiri la tanggung. Itu terpulang la pada firasat dan pendapat masing masing. Pada aku, kalau kita buat perkara yang sendiri dah tahu salah, kenapa nak di war war kan pada orang lain. Contoh seperti isu buang tudung bila bercuti ke luar negara ni, tak perlu la nak post gambar gambar tu di blog atau pun di laman sosial. Cukup la sendiri yang tahu kan. Kenapa mesti bangga kalau kita  tahu itu bukan diri kita.....

Ye, kesimpulannya, Allah ada di mana mana. Bukan hanya di Malaysia. Allah tetap sama.... till now...mari lah sama beramal...untuk diri aku yang utamanya..:)....Au Revoir!









Terima kasih, datang lagi.

21 comments :

Yana Halim said...

tak yah tunggu pi oversea, zuha. Kat opis ni pun biasa je buat tudung tu mcm biskut chipsmore. Tak faham betul..

Miss N™ said...

wahh...sudah setahun ya..!
teruskan berblogging.. nur suka baca...
sedikit sebanyak boleh di jadikan rujukkan bila kita nak ke satu tempat nanti..

dan bab tudung tu, betul tu..ALLAH sama je..
bukan di Malaysia je..jadi jgn sebab ke obese ke ape ke..tetibe nak buka kan..

xelok tu..!heee...
apapun, bgus entry ni..

mama maman aka yana said...

selamat ulang tahun yg pertama..:)

Miss Zahirah said...

bese la tu..
jgn kta org lain, kwn sdri pn ade cmtu..
kdg2 x fhm la.. suami plk xnk tegur..

zila@akulovetravel said...

saya g oversea nk jugak rock..tapi xde la tanggal tudung...cuma beli tudung baru yang rock skit..hahaha. Bajupun rock gak..tp xkisah sebab dalam cover ngn jacket..haha.

Saya bg opinion sy lah ek..saya rasa sifat nk tunjuk2 aurat kt ovese ni maybe sbb dia jenis fikir org kafir tak fkr dia pape..dia berdosa ke apa..tp kt mesia kena tutup balik sbb ramai org islam yang akan fkr dia apa2..org jenis cmni tak fikir pula nu haa Allah Maha Mengetahui..

Sayapun tak sempurna..kadang2 sedar tak sedar wat salah jugak :)

-meeSUPERGIRL- said...

mentang duk oversae . konon xpe sdare tak nmpak . tp dowg tatau . Allah itu maha melihat ..

Qaseehtolia said...

Wah... seronok lah entry ni zuha..masing-masing muhasabah diri sendiri lah yer.. dalam bab ni kdg-kdg akak pun tak paham mungkin tiada pemahaman dan penelitian dalam iman kot.. Semoga kita dijauhi dari sifat tersebut..

Unknown said...

ade jugak mcm tu ye kak.. tak reti la nk komen bab2 mcm ni.. cuma hrp2 kite bukan mcm tu lah.. huhu

khaifaiz said...

dkt obersea xde org yg kenal... barangkali begitulah persepsinya... subhanallah

s h a said...

Memang ramai yang buat tudung mcm chipsmore.Yang pg ofis pakai,balik bukak pon ade.Yang time blaja pakai bila da keje x pakai.Semoga Allah tetapkanlah hati dan iman sy dan kita semua.

Lady Windsor said...

bonjour zuha

yerp..totally agree with you..mereka boleh jadi macam sumpah-sumpah..bertukar corak mengikut iklim semasa...anehkan mereka ini..

TiranaAduka said...

happy blogging from tirana aduka.

Anonymous said...

bertudung bukan kerana Allah camtu..Semoga kita sama-sama istiqomah ke arah kebaikan kan kak..

AmySyahiera Malik said...

yess , totally agree . bertudung kerana Allah , bukan kerana fashion . Allah ade di mane mane even kite sorok kat mane mane . heyhey , best nye sys dapat melancong ke luar negara . nak ikut boleh ? hehe .

Unknown said...

setuju jugak!kadang2 bila dorang dah sampai oversea tu terkena culture shock. nak ubah penampilan cm tu bagai. pelik betul dengan dorang ni.

Aei said...

bertudung kerana Allah...best la dpt jln2 meluaskan pandangan di negara org.. :)
salam perkenalan..

aku HaniAsyira said...

betul.. kdg2 org culture.. so, berpijak di bumi yg nyata iaitu bumu Allah kan

TiranaAduka said...

salam
Ta jalan2 melawat zuha.
Pekabar?

Windflower said...

setuju sangat2..

Zurina said...

btul tu...moga mbuka mata sape2 yg bkenaan dan peringatan utk kita2 juga takut kang tgelincir dr garisan sbenar...nauzubillah...;)

TS said...

vogue kononnye...
lupe yg kat atas sentiasa ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...