Thank You Dear...

NoorNazuha | 4:56 PM | 10Comments |
Happynyerrr dah hujung bulan ni...gaji masuk. Poket penuh, tapi sekejap jeh. Pastu dah kosong balik...semalam balik kerja, tengok atas meja, ada a bouquet of pink roses. Untuk aku ke?tak kan untuk isteri kedua pulak...untuk aku la kan..tapi ocassion apa pulak Mr hubby nak bagi bunga?emmm.musykil....tak kisah la..janji aku happy sebab last time dapat bunga masa aku convo 6 tahun lepas.


Jarang aku bercerita pasal Mr Hubby dalam blog ni. Jarang jugak aku share hadiah apa dia kasi masa event event special. Bukan tak nak menghargai pemeberian dia atau apa, just tak nak pulak macam poyo sorang sorang kat dalam blog ni. Bia la aku simpan sorang sorang (fulamak, ayat tak boleh blaa).

Masa zaman becinta cinta dulu, selalu jugak Mr Hubby kirimkan kad kad untuk aku. Comel comel jeh kad tu. (tapi tak tau mana dah aku simpan). Maklumla, kami becinta jarak jauh. Banyak dugaan. Bila dah kawin, masa birthday pun dah tak pernah bagi kad, tapi aku tak pernah kisah pun, janji jangan lupa sudahhh..

Aku mengambil kesempatan untuk post kali ni untuk ucapkan terima kasih pada Mr Hubby kerana menjadi teman paling setia dan banyak membantu susah dan senang aku...semoga kehidupan kita sentiasa berada di bwah rahmatNYA....

RALAT: aku tanya Mr Hubby kenapa beli rose pink, kenapa tak beli warna merah tanda kasih sayang yang menyala nyala (over)...dia jawab balik "rose merah dah habis!.."

Babai..



Terima kasih, datang lagi.

Wedding and more Wedding

NoorNazuha | 4:07 PM | 10Comments |
Best tak weekend anda semua?....weekend aku biasa jeh. Kalau tak lepak ngan Mr Hubby, balik kampung. Rutin biasa setiap minggu pergi layan movie kat TGV. Lately cerita best tak ada sangat. Macam dah kering idea nak layan cerita apa....minggu ni aku attend wedding. Wedding adik ipar kepada adik aku..err...yela betula la tuh. Wedding kat Club House Shah Alam, tak jauh pun dari rumah kitaorang.

Aku paksa Mr Hubby pakai baju melayu. Dia tanya kenapa kena pakai. Aku kata "kena pakai jugak, and kena jugak". Tak boleh tak..hahaha saja nak kena kan dia pakai baju melayu. Cuaca memang dah terang terang panas terik. (Niat sebenar sebab nak sedondon konon nyaaa). Sampai jeh kat majlis, kurang dari 10 orang jeh pakai baju melayu.Nak gelak...hahahaha.....

Pengantin lama ni ada gaya Pengantin baru tak?....dushhhhhh

Orang kata nak dapat anak, kena selalu pegang baby supaya berkat....Amin!

Selamat Pengantin baru dari kami semua....
Entry bergambar sahaja..hahaha...lack of idea nak bercerita....selamat pengantin baru buat bakal pengantin yang bakal melangsungkan wedding. Cuti sekolah dah nak bermula.....yehhaaaaa (walaupun tak ada kena mengena). Nak sorak yahooooo jugak, sebab nanti jalan tak penuh sangat. Aku boleh gi kerja dengan senang lenang tanpa pening kepala......babai!










Terima kasih, datang lagi.

Shiseido oo Shiseido!

NoorNazuha | 2:03 PM | 10Comments |

Kepala rasa serabut. Tak tau kenapa. Masalah besar tak ada, tapi hati macam tak tenang. Hari ni tetiba nak update blog. Bab muka. Kenapa dengan muka?.....sejarah pemakaian facial cleanser ni bermula masa aku matriks. Masa tu ada booth De Bella bukak kat UIA. Teruja pulak nak pakai produk tu sebab produk tu sangat soft berasaskan Aloe Vera. Pejam celik pejam celik hampir 5 tahun jugak aku pakai produk tu. Hasilnya, kulit muka aku macam tak ada perubahan..hahaha...macam tu jugak la.. Harga De bella tu masa tu tak silap RM35 untuk yang kecik. Boleh tahan dalam 3 bulan.

Lepas tu aku tukar pulak ke Produk Lancome.Facial Cleanser nye memang sangat best. Muka rasa fresh sangat. Rasa dapat muka baru. Saiz 125ml tuh aku pakai sampai 1 tahun. Gilerr jimat. Tak yah pikir nak beli facial cleanser untuk setahun..huh...harga asik berubah ubah. Sekarang tak silap RM109.

Sekarang aku tuka lagi. Tukar ke Shiseido pulak. Idea nak pakai Shiseido ni datang masa aku gi Jepun hari tuh. Kat Apartment yang aku stay tuh, ada produk Shiseido. Ada Shampoo, ada shower gel ngan Pelembap. Best giler.Rejoice sungguh. Pastu berjimba jimba kat Midvalley. Lalu kat Kaunter Shiseido. Apa lagi...gi test produk jap. Nampak mosturise jeh. Rembat satu facial cleanser. Tak nak beli Toner lagi sebab baru rasa nak mencuba. Harga RM110. Ada satu type lagi untuk whitening. Harga RM140. Aku tak nak yang putih putih ni sebab aku rasa aku dah putih...(hahaha perasan pulak). Tak la..apa guna putih kalau muka berjeragat. Biar muka tak putih janji bersih.

Oleh kerana muka aku ni jenis yang sangat la berminyak terutama di zone T..so kena la cari produk yang sesuai. Tak nak amek produk yang khas untuk oily sangat sebab takut lembapan kat muka hilang. Jadi to play safe, baik beli yang sesuai untuk semua jenis kulit. Lepas pakai produk ni...rasa dapat muka baru lagi. nyaman betul finishing. Yang paling penting muka oil free berjam jam jugak sebelum minyak keluar balik..hahah....mula mula muka rasa agak tegang sikit. Macam pakai mask. Lepas tuh sikit sikit rasa ok sangat. So far aku suka...tak tau lepas ni nak stay ke or tukar lagi.....janji bila pakai jerawat tak naik mendadak.Janji boleh pakai tahan lama sebab aku pakai 2x sehari jeh. Nak jimat.

Tapi apa pun, foundation untuk muka yang sihat bukan terletak pada produk yang kita pakai 100%. Banyak sumbangan dari faktor faktor lain jugak. Especialy apa yang kita makan, hormon dan cara penjagaan masing masing.  okla...just a thought....nak sambung kerja pulak.....babai!






Terima kasih, datang lagi.

My Travel Budget (Bali Island)

NoorNazuha | 11:01 AM | 15Comments |


Salam all bloggers....rasa dah lama betul tak update blog. Masa betul betul tak mengizinkan nak meng update plus memang tak ada story sangat. Nak lagi kamera aku dah hilang masa kereta kena pecah hari tuh. Yang tu pun tak sempat nak update. Sedey woo...so frustrated....kejadian yang berlaku di Stesen minyak Kota Damansara tu hanya berlaku dalam tempoh 5 minit jeh. So ladies...beware la..jangan letak beg kat depan belah penumpang... Aku dah serik.....waaaaaaaa

Oh ye..nak sambung entry bajet. Kali ni bajet aku ke Bali. Dah lama ni. Tahun 2010 rasanya. Tapi nak share gak.. mana  tau bole wat panduan kepada sesiapa nak pergi sana dalam waktu terdekat ni...

Flite Airasia + Tune Hotel Legian Bali= RM450 untuk 4 malam
murah kan?hehehe

Tune hotel yang agak sempit tapi comfy dan bersih.
Rasanye umum tau kalau stay kat Tune ni basic jeh disediakan. So kami top up aircond, dengan tuala. Kos tak mahal pun. Lagi satu tak ada la tv nak santai.

Makan Makan and Makan
Kos keseluruhan untuk makan tak la banyak sangat. Harga makanan kat sini murah murah jeh kecuali kalau di Jimbaran, makan seafood kat sini agak mahal.

Makan Dunkin Donut di LCCT sebelum take off RM15++

Makan Seafood di Pantai Jimbaran Bali untuk 2 orang dalam Rp600,000 emmm dalam RM200

Buffet di Kintamani dalam Rp100,000 (RM30++)
KFC di Bandar Kuta dalam Rp15,000 (RM10++)
Transportation..
Major transportation kat Bali ni ialah motor. Sana sini orang naik motor. Tourist pun suka naik motor. Mat Salleh pun suka. Kecuali kitaorang la sebab aku memang phobia naik motor..hehehe

Sewa untuk sehari lebih kurang Rp 70,000 (RM50++)
Kalau pergi dalam group yang ramai, lagi jimat la. Memandangkan kami hanya berdua..so everything kena divide 2 orang jeh....

Ni contact no En Budi..orangnya baik hati..hehehe
Shopping and Souveniers.
Aku tak shopping sangat kat Bali ni. Beli barang barang gift jeh untuk kawan kawan. Harga depends pada tempat. Bali ni mahal sikit sebab Mat Salleh suka lepak sini. Tak macam di Bandung atau Jakarta, harga barang murah sikit.

Souvenier murah murah
Sempat beli painting di Pasar Sukawati Rp15,000

Lagi satu, Bali ni memang terkenal dengan spa...hahaha..mana mana pergi mesti ada spa and massage centre. Harga memang tip top murah. Hari terakhir kami kat sini, dah leteh mendera badan sendiri, kami ke spa untuk buat facial Balinese style la konon...hihih.....dekat Hotel Tune Kuta ni memang ada Spa sendiri. Tapi kami tak pergi sini sebab Masseur kat sini campur lelaki ngan perempuan. Tak kan nak amek masseur lelaki kan...harammmmm!.....so di depan Hotel ni ada lagi satu Spa yang Masseur nya semua perempuan. Then kami pun wat la appointment...kami amek Balinese Facial, Foot Massage and hair treatment.

Tengah tunggu turn untuk di 'spa' kan......


Sambil sambil baca majalah Indon dulu...
Total spa hari tu dalam Rp300,000 (RM90 p/person untuk Facial,foot massage and hair treatment). Tak sempat la nak snap gambar gambar masa kat sini sebab tak ada jurufoto..heheh...okla..total duit belanja ke sini lebih kurang RM1200 termasuk shopping dan makan makan. Okla..tak nak story panjang sangat. Sampai sini jeh dulu yeee.......jumpa lagi di entry seterusnyaaa...... peace!

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...