Who wants free Fridge Magnets?

NoorNazuha | 6:04 PM | 18Comments |
Salam

Ada sesiapa berminat dengan FM tak?Saya ada beberapa FM yang masih dalam simpanan. FM biasa biasa jeh. Kalau ada yang berminat, just email kat email saya myzuha23@yahoo.com address korang ye. Saya tak caj pun. Saya akan pos kan kepada yang paling awal berminat......:)






Adiossss!

Terima kasih, datang lagi.

Orked by Jovian Mandagie

NoorNazuha | 5:26 PM | 5Comments |
Salam

Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan....dipanjatkan syukur ke hadrat Allah masih dipanjang kan usia. Semoga tahun ini akan membawa lebih Barakah kepada kita semua..

Well, tahun ni baju raya belum decide lagi nak warna apa. Asal cantik di mata sudahla kan...baru baru ni budak budak kat ofis sebok nak beli koleksi JM Orked kat Tesco tuh. Saya tak pernah beli baju designer designer ni. Harga pun boleh tahan. Tapi macam berkenan pulak satu. So try buat pre order dulu, nanti fikir balik samada nak gi collect atau tak...hihihi..


I prefer this one.Ada sesiapa dah purchase ke?boleh share..:)

Terima kasih, datang lagi.

Corning Museum of Glass, United States

NoorNazuha | 4:06 PM | 11Comments |
Salam

Dah 2 minggu rasanye tak update blog. Lately banyak problem pulak dengan kesihatan. 2 minggu lepas wat root canal, Alhamdulillah, setakat hari ni ok jeh. Kemudiannya, saya jatuh (mulai hari ni tukar ganti diri dari "aku" kepada "saya",huhuhu)..jatuh kat rumah bila tengah cuci lantai. Sampai sekarang ibu jari masih tak boleh press kuat. Nak tekan handbrake pun tak boleh....

Okla, entry kali ni saya cuma nak share cerita masa ke US tempoh hari. Lawatan ke Corning Museum of Glass. Entry ni terlupa nak publish and kena la edit sikit sikit .Muzium ni terletak di pertengahan antara New York City dan juga Niagara Fall, Buffalo. Sebenarnya, tak ada apa yang menarik sangat di sini. Kalau sesiapa yang minat dengan seni pembuatan kaca, yes, this is the place to be. For further info, boleh click di link di bawah:-



Di hadapan Corning Museum


Penerangan oleh Mr David, our tour guide sebelum masuk
Kami sampai ke sini lebih kurang pukul 9 pagi. Bila tour agent dah belikan admission ticket, senang untuk kami semua terus masuk. Orang pun tak berapa ramai lagi. Ada dalam 2 ke 3 bas yang singgah ke sini. Kami dibahagikan kepada beberapa group. Saya dan Mr Hubby tak follow sangat. Kami lebih senang ronda ronda sendiri.


Glass in the making.



Koleksi yang dipamerkan





 



Memang cantik koleksi koleksi kaca di sini. Ada pelbagai jenis dan bentuk yang berasal dari serata dunia. Kebanyakkan untuk tunjuan pameran. Kalau nak tempah, saya pasti harganya memang mahal. Ingat nak jugak beli buat kenangan, tapi tak mampu la pulak....



Sudahnya, saya and Mr Hubby tak beli apa pun kat siniii...harga yang paing murah pun untuk gelang atau pun hair band dalam $12 ke $20. Kalau nak beli  10, tak ke dekat $100....fuhhh.....


Ada Book Store jugak


Aksi terlampau sebelum bergerak balik
Ye. Sekian entry buat kali ini. Nak sambung kerja kerja dulu sebelum 5.30pm. Monday blues yang sangat tak best. Will continue with a new entry soon..take care all...Babai..:)

Terima kasih, datang lagi.

My First Root Canal

NoorNazuha | 11:40 AM | 9Comments |
Salam All

Yesterday i was on MC. Got an appointment with dentist to fix my tooth. Yeahh..root canal. First time i did it. Reading about root canal makes me reluctant to see dentist...Dari kecik sampai tua masih takut nak jumpa Dentist...



Tapi tu dulu, sekarang jumpa Dentist bukan lagi satu trauma.Sebab?Sebab teknologi dunia Orthodontic sekarang sangat maju. Semuanya jadi tak sakit...So, what is root canal?boleh google je procedure ni. In short, root canal adalah dimana gigi akan ditebuk dan dibersihkan dan kemudiannya letak filling. Kenapa mesti kena buat root canal? Kebiasaanya tujuan rawatan ni adalah untuk mengelakkan gigi daripada dicabut. So tak payahla pakai gigi palsu ke, implant ke.....

The question is, does it cause severe pain?well, i read a lot on this. Actually, it didn't cause any pain because local anesthetic were used along the procedure. Since my tooth is front tooth so it is a lot easier for the dentist to drill.

Yang paling takut pun masa nak bius jeh. Keras satu badan. Nasib baik Dentist tu sangat baik. ZDoktor Noorhidayah di Klinik Pergigian Shah Alam, so nice. Lepas ni rasa macam nak jumpa dia jeh..:)..Even masa bius pun tak sakit. Tender jeh.....

After bius, biasala mulut rasa kebas and tak rasa macam ada hidung...hehe..and everything went well. It took at least 15 minutes. Then, after that, boleh terus makan kata Doktor. Huhuh..relief. Cuma akan ada 2nd appointment untuk buka semula filling tuh and buat permanent filling.

Sehabis jeh rawatan tu, terus pergi makan Baskin Robbin, Mr Hubby belanja. Tak serik jugak makan manis manis.....post treatment pun tak lah sakit. Cuma sengal sengal sikit rasa dalam gigi tuh. Harap harap semua akan ok seperti biasa.

Moral of the entry, sila jaga gigi anda...:)

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...