Kuala Lumpur Bird Park

NoorNazuha | 12:03 PM | 11Comments |
Salam dan Morning all....

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan yang mulia. Pasti jalan raya akan bertambah tambah jam. Semua da tak nak shoph busy shopping sana sini. Tahun ni saya berikrar tak nak membazir sangat. Semoga azam ni akan terus tertanam walaupun nampak baju baju cantik lepas ni..:)

Berbalik pada rutin hujung minggu, saya dan Mr Hubby lepak di KL Bird Park sebab nak amek gambar. Sekarang ni kami jalan jalan tempat dekat dekat jeh. Banyak tempat menarik sekitar KL ni sebenarnya. Kena rajin teroka jeh..:)


Burung Merak yang pandai posing

Antara burung yang paling menarik perhatian saya ialah burung merak. Tapi malangnya tak ada seekor pun yang buka ekor masa tuh. Semua malu malu kucing pulak. Tapi saya paling suka sebab mereka semua ni sangat jinak and sangat lapar.


Konon nak pegang, tapi takut kena patuk


Si bangau ni pun pandai posing jugak..ohh....tak sure samada bangau ataupun bukan

Kat sini sebenarnya dilarang bagi makan burung. Maybe takut keracunan. Tapi dengan selambanya Mr Hubby gi beli Pop Corn and kami berlumba lumba bagi makan burung burung ni. Nasib baik tak ada pegawai pegawai Bird Park yang lalu lalang. Tak kan bagi makan Pop Corn boleh mati kot?


Mereka telah diberi makan pisang


Bird feeding activity



Apa lagi, lepas kasi diorang mamam, segerombolan burung burung ni akan jadi pengikut setia sampai la beratus ratus meter sekeliling taman ni. Kesian pulak kalau tak kasi. Muka kesian jeh. Dah rasa macam bagi makan ayam kat kampung jeh...:)


Betik adalah makanan ruji burung burung ni

Macam burung merpati


Time Mr Hubby pulak yang posing..:)


Tong sampah yang sangatla comel
 Oh ye, lupa nak bagitau pasal tiket masuk. Tak silap kalau dengan mycard, cuma RM25 seorang. Kalau untuk tourist, seorang RM48. Boleh tahan jugak mahal kan..mana  ada tempat murah sekarang. Nak masuk tandas pun dah 50 sen. Tapi toilet kat dalam ni semua free ye..:)



Macam tak cantik jeh area ni...:(


Cik Bangau secara close up


Grooming manjang

Cuba untuk mematuk kamera, opppsss..kena step aside a bit....


Cik Bangau lenguh


Cute little duckling


Pandai juga posing depan kamera


Cik serama yang katek


Kasawari


Ikan ikan Koi....


Sejenis ayam serama jugak
Setelah pusing pusing lebih kurang 2 jam kat dalam ni, hari dah nak gelap. Pukul 6 petang Taman Burung ni akan tutup. Di penghujung Taman ni ada sessi foto kalau sesiapa berminat untuk ambil gambar dengan burung burung yang comel tuh. Kalau guna khidmat Kamera mereka, caj RM35 untuk setiap seorang dikenakan. Mahal kan. Tapi kalau kamera sendiri, hanya RM10 untuk seorang. So kami decide nak guna kamera sendiri jeh. Jimat kos.


Almost finish






Sebenarnya burung kakak tua tu sangatla berat. Letak pulak kat atas tangan.Yang kat atas bahu tu pulak macam nak patuk muka jeh..hahaha..kelakar la pulak bila tengok gambar sendiri. Nampak sangat takut takut. Burung hornbill yang kat tengah tengah tuh sangat lovely.....pandai depa ni posing....:)

Okla....entry yang panjang pulak....jumpa di next entry....:)

Terima kasih, datang lagi.

11 comments :

zila said...

Baru2 ni sayapun ada pergi bird park ni..hehee. Igt tempat tu biasa2 mcm zoo. Sekali ha hamik..berbukit2..bertangga.. jenuh menapak. Sesuai kalo pakai sport shoes..hahaha. Burung pulak tak byk jenis. Byk tu mmg byk la..

Normi Nieza said...

amboi bestnya akak..:)

ziana said...

Tak pernah prgi..x tau pun kat mana..kesian x?

aisya said...

mcm seronok je. hehe

Cik Nur™ said...

bestnya dikelilingi burung,
senyum je nur tgk pic dgn buruk kakak tua tu...steady je diorg eh...xtakut pun ..:)

Mizz Aiza said...

nampak jinak je burung-burung tu..

Alin Marlini said...

takut kena patuk je

Asyik Izas said...

belum pernah sampai lg ke sana..best juga yea..:)

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Wow...bestnya. Insyaa Allah nnt leh pegi sana singgah. Apapun, gambar2 burung tuh mmg terbaik. Leh amik dr jarak dekat plak tuh.

Sop said...

belum pernah singgah
cam menarik
jinak2 rupanya burung situ :)

Noor Mala Shahar said...

cantik2 belaka....selamat bersahur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...