Dugaan di tahun 2014

NoorNazuha | 3:49 PM | 10Comments |
Salam Semua





Hampir sebulan blog seperti tak bernyawa. Banyak yang berlaku lately. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Banyak betul perkara tak best berlaku. Beberapa bulan lalu kesihatan agak terjejas. Kemudiaan dapat increment gaji pun tak memberangsangkan. Kemudian Client pulak nak macam macam. Dan 2 hari lepas My Mom pula masuk ward sebab tekanan darah tinggi.

Semua yang berlaku pasti ada hikmah. Lagi 2 hari kami akan mula bercuti. Tapi hati masih tak rasa seronok. Tak tenang. Diharapkan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Inila pertama kali saya dapat merasakan ketidakseronokkan untuk bercuti sedangkan sebelum ni betul betul excited. Allah mungkin sedang menguji HambaNYA.

Ditambah lagi, saya mengalami Floater dalam mata. Apa tu Floater?kalau kita google, Floater ni ialah apungan yang nampak dalam mata melayang layang apabila berada pada keadan cahaya terang. Seriously sangat sangat annoying. Doktor mengatakan Floater ni tak merbahaya dan tak perlu treatment. Otak akan beradaptasi dan akan mengabaikan Floater tersebut. Tetapi walau dah hampir 3 minggu, saya masih belum beradaptasi. Masih murung dan tertekan.

Walaupun doktor kata tak ada rawatan, saya tetap akan berusaha. Buat masa ni saya lebihkan pengambilan Vitamin , sayuran dan buah buahan. Mana tahu dengan Kuasa Allah, boleh elok semula.

Sekian buat masa ini...Insyaallah..ada masa kita berjumpa lagi...

Salam.




Terima kasih, datang lagi.

10 comments :

| CIKZEK | said...

smoga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah jgn sdeh2 =))

Cik Itah@RRP said...

salam. semoga sihat selalu..

fuza said...

inshaAllah,,,Moga dipermudahkan

dieya said...

i also have that floater thingy (baru tau nama dia floater hihi). bila tanya org lain pun ada juga, diorg cakap biar je. so i pun biarkan. dah bertahun. mcm2 vitamin dah makan, lagu tu la jugak, takmo hilang. if u find out a cure, lemme know ya!

Hanna Farah said...

Semoga dipermudahkan segala urusan. In Syaa Allah. Amin~

Normi Nieza said...

semoga ada hikmah disebalik smua kejadian tu kak..aamiin

Lieya Von Jay said...

banyak nya dugaan akak.. sabaq ye kak.. apungan dalam mata ? boleh bayang macam mana perasaan kak.. kalo ada sikit habuk pon dh rasa rimas mata kan ini kan pulak apungan .. lagi lah. be strong ye kak. Allah tak uji hmba nya yang tak kuat .. akak kuatkan semangat yee ^_^

Cik Nur™ said...

sabar byk2.....

semoga semuanya dipermudahkanNya...

Hafiza AizZawa said...

setiap yg berlaku ada hikmahnye.. sabar yer..

mama maman aka yana said...

sabar... dugaan kita hampir sama... huhu.. increment yg langsung tak masuk akal.. rasa lost sgt.. dugaan.. tp my sis sejukkan hati dgn kata2- duit tuh dunia jew.. sabar.. kerja sebaik mungkin.. insyaallah dpt celah lain pulak imbuhannya... :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...