Tragedy in Rome, Italy.

NoorNazuha | 1:56 AM | 17Comments |
Salam
Saya nak share pengalaman saya ke Rome pula. Setelah ke Zurich, saya dan buddy terus ke Rome, Italy pada 17 hb February. Perjalanan dari Zurich ke Italy mengambil masa lebih krang 7 jam menaiki Train dan transit di Milan. Dasyat kan jauh....Train kami bertolak pukul 11.09 min pagi.

Perjalanan kami menaiki Train Italiani sangat selesa even sangat punctual. Kalau lewat, memang sah la kena tinggal. Biasanya kena ada di Station lebih kurang 20 minit awal dari jadual asal. Yela nak tercari2 platform semua memang akan amek masa.

Beg kami dalam tren.


Milan Train Station
kami sampai ke Milan lebh kurang jam 2 petang. Di sini kena banyak hati hati sebab sangat ramai ulat ulat tiket dan orang susah nak cari duit lebih. Bayangkan, beg saya jatuh and ada orang yang tolong bangunkan beg tuh pun boleh mintak duit. Apatah lagi kalau yang tolong angkat terus beg kita. Jadi jangan terima langsung pun offer dioarang ni. Kalau nak bertanya pun, just tanya pada officer company train yang terlibat yang pakai uniform,kalau tak, mau dioarng mintak tips.

Semasa di Milan, Saya sempat beli Sim Card Internet supaya senang nak comunicate dengan family. Harga simcard kat Italy ni Euro20 untuk 1GB dan untuk tempoh masa sebulan. Kira murahla tapi pakej ni hanya untuk data sahaja.

Selesai hampir 2 jam transit, kami sambung menaiki train untuk ke Kota Rome. Train bergerak dalam am 4 petang dan kami jangka kan sampai di Rome lebih kurang jam 6 petang.


Tiba di Rome hari dah gelap. Kelam kabot nak cari exit dan nak cari Metro/Underground. Sepanjang di Rome, kami stay di Courtyard Rome Central Park yang terletak di Station Gemeli.
Dan di sini la semuanya bermula. Ketika saya sibuk nak tukar SIMcard yang dibeli di Milan tadi, sebab Simcard tu tak boleh nak connect, kami ambil masa agak panjang di Terminal Rome. And at the end, saya kena beli Simcard baru. Keluar lagi Euro20. Takpelah..nak mudahkan kominikasi. Then bila selesai tuh, kami terus turun ke Stesen Metro Line A untuk ke hotel.

Semasa di Metro, orang agak sesak. Macam biasalah, macam kita naik LRT jugak. Bila Train sampai, kami cepat2 masuk dalam train bimbang kena tinggal pulak. Ditambah dengan beg pulak berat. Seelum train tutup, tiba tiba ada beberapa budak lelaki seolah olah block jalan nak masuk dalam tren sampai saya terpaksa tolak dia. Tapi dia tak nak bergerak. Puas tolak tapi dia tak nak pulak berganjak. Entah dari mana pulak tiba2 ada seorang lelaki mabuk2 masuk dalam train sambil pegang  botol arak.
Ada pergaduhan pulak berlaku. Tarik tarik baju dan sampai nak bertumbuk. Serious takot masa tuh, then terus saya tarik beg besar tuh ke tempat lain. Masa tuh baru la ada laluan nak masuk since kena block tadi. Semua mata bertumpu ke arah kawan saya sebab lelaki mabuk tadi suruh check beg. Kawan saya check beg dan cakap semua ada.

Tak sampai 5 min train dah bergerak dan budak2 yang bergaduh tadi dah keluar pun. Masa tu la saya sedar yang wallet dan handphone saya dah tak ada. Tuhan jeh yang tau macam mana perasaan saya time tuh. Dahla kat tempat orang. Kad Kredit, ATM card sume kat dalam tuh. IC, lesen memandu....rasa nak pitam sekejap.

Terus terfikir, macam mana nak check in hotelkalau tak ada card nak verify. Malam pulak semakin larut. Hotel tak jumpa lagi. Nak buat phone call pun handphone dah tak ada.
Masa tuh saya fikir tak guna nak menangis sebab tak ada orang akan tolong saya pun melainkan diri sendiri. Saya kuatkan semangat jugak cari hotel tuh. Walaupun kena berhenti di 2 train berlainan, akhirnya kami jumpa jugak hotel tuh. Terus ke kaunter depan dan bagitahun dia apa yang berlaku.
Alhamdulillah, receptionist tuh sangat membantu. Memula dia offer untuk call kan bank supaya block kad kredit tuh. Bahaya dia kata kalau tak block. Then saya berjaya call CIMB KL dan terus block card tuh.

Then saya call pulak Mr Hubby untuk bagi no kad kredit dia supaya kami dapat check in hotel tuh. Bayangkan waktu Malaysia time tuh dah pukul 4 pagi, mau tak mamai semua orang.
Selain tuh, hotel jugak bagi complimentary internet sepanjang penginapan selama 4 malam (kat sini internet kena bayar) dan juga kami diberi Executive Suite. Memang lega sangat sangat. Dan apa yang tambah lega lagi, semua duit euro saya masih ada sebab dah di asing kan siap siap. Jadi yang hilang cuma RM jeh.

Sebelum ni cuma dengar cerita jeh ramai yang kena macam ni. Sekali bila diri sendiri yang kena, memang macam tak percaya yang beg letak kat depan pun boleh orang bukak dan curi. Tak boleh nak salahkan tempat. Bad peoples are everywhere. Kita yang kena extra hati hati.

Okla....sampai sini dulu. Pesan saya cuma berhati hati dan kalau boleh jangan bawak beg terus.hehe....ketika menaip entry ni saya masih dalam tren heading ke Munchen, German. Nak transit ke Paris semula. Best ada free wifi bagai....
Jumpa di next entry......tata!


Terima kasih, datang lagi.

17 comments :

Lieya Von Jay said...

alahain kak. kena curi kat tempat sniri pon dh nak jadi gila rasa nya , inikan pulak tempat org kan. anyway kak . take care ye.. ^_^ harap lepas ni xda lagi kejadian macam ni berlaku

saerah80 said...

Wah takutnya nak pergi sana...kawan saya pun pernah kena, dia mintak passport...nasib baik dia buat derk je...

zila said...

tragisnya..gerun saya membaca

PuTrImaRyam said...

Budak2 tu gaduh utk lalaikn korang agaknya....

ku-cit said...

kat entry paris akak yg lepas sy ada komen yg sy pon kene pick pocket time kat paris...tak sangka akak plak kene...so far modus operandi diaorg lebey kurang je...wat mcm gitu utk alihkan perhatian kita...

dieya said...

Berderau darah baca your entry. Semoga perjalanan selanjutnya berjalan lancar.

noornazuha said...

Kucit:btol..dah ramai yg kena..tapi x sangka diri sndiri yg kena,memang mati akal bila dh jadi kan

Sura Mohd said...

betul..kita yg kena extra hati-hati..walau dimana kita berada..:)
kaksura kat pasar malam pun pernah hilang purse..huhu..inikan pula kat tempat orang..

Normi Nieza said...

hati2 yer kak..

fatin wawa said...

waahh.. so scary.. :O semoga dipermudahkan perjalanan lps ni..

aisya said...

scary nya. huhu.. dah la kt tempat org plak tu. huhu

fuza said...

take care ye

iffanursima said...

Akak kesiannya kena curi. Dulu camera. Sabar je lah kak.

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

bahayanya negara orang ! lepas ni memang kena extra berhati-hati lah kak ..

Hafiz Azmi said...

travel safe...susah nak jangka keadaan mcm ni. Moga dijauhkan dari apa2 masalah besar

liza said...

Kami pun hampir kena masa kat rome...dlm metro jgk....geng2 budak belasan thn lelaki dan perempuan...tp alhamdulillah...takder apa2 hilang

alizal said...

I memang takleh lawan u punya keotaian dalam travel lah.... salute!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...