From Zurich to Lucern

NoorNazuha | 6:02 AM | 6Comments |
Salam
Serius tak sempat nak update blog. Penat betul dengan aktiviti. Ok, nak sambung perjalanan kami dari Zurich ke Lucern pulak.
Main Train Station di Zurich ialah Zurich HB. Station ni betul2 terletak di tengah tengah bandar Zurich. Orang orang di sini pandai berbahasa Inggeris. So tak ada masalah nak bertanya jalan kalau sesat. So far, saya memang suka dengan Zurich. Selain train, Tram juga merupakan pengangkutan yang popular di sini.


Tak banyak yang saya nak kongsipasal Zurich sebab kami sampai pun malam. Tak sempat nak jalan jalan sangat. Misi utama ke sini sebab nak ke Lucern. So malam tuh kami cuma jalan jalan menaiki Tram dengan bayaran CF8.40 untuk setengah hari.


Tram








Zurich pada waktu malam di musim winter sangat sunyi dan menenangkan. Yang busy cuma di train station. Semua kedai kedai tutup awal. Nak beli apa pun tak boleh. Lebih kurang pukul 9 macam tuh, kami terus gerak balik ke hotel yang terletak di Oerlikon.Suhu di sini adalah sedikit sejuk jika dibanding kan dengan Paris.

Keadaan di Stesen Zurich pada waktu malam
Disebabkan kami nak ke Lucern pada besok harinya, sokena siap siap kan apa yang patot. Lucern tak jauh dari Zurich. Cuma 40 min menaiki train. Tapi kena naik High Speed train. Ada 2 jenis train di Europe ni. 1 yang jenis express atau High speed dan satu lagi Regional/local train. Kalau naik yang hgh speed ni, of course la jimat masa tapi fare nya biasalah, sangat mahal. Kalau naik Regional train, masa yang diambil untuk sampai sangat la lama. Dari 40 min boleh cecah ke 4 ke 5 jam. Tapi Fare biasalah, murah. Jadi tepuk dada, tanya la hati...hehe

Train Double Deck

Konsep train kat sini, semua kena beli ticket and board train. Kemudiannya ada inspector yang akan periksa ticket dan kadang kadang tak ada pun. Jadi kita beli ticket atas kesedaran sendiri jeh sebab tak ada barrier pun nak masuk. Tapi kalau tertangkap tanpa ticket, fine yang dikenakan dalam 100 euro.

Scenary


Along the way
Kami tba di bandarLucern lebih kurang jam 11 pagi. Serius sangat damai kat sana. Bandar nya tak besar mana. Tapi crowd boleh tahan ramai. Misi kami pagi tuh nak ke Mount Pilatus. Mount Pilatus ialah gunung yang paling dekat dengan Lucern.

Lucern Train Station

Okla...sampai sini dulu perjalanan saya ke Lucern. Next saya sambung pula ke Mount Pilatus ye.. Hari dah larut malam kat sini. Saya masih di Rome, Italy ketika entry ini di publish......jumpa lagi...till now.....Au Revoir....


Terima kasih, datang lagi.

6 comments :

Nini Hanini said...

seronoknya XD

Lieya Von Jay said...

weee. best nya kak zuha ^_^

Hafiz Azmi said...

wahh... jelous nye... tak pa tunggu.. nanti kami pulak nak menyempoi kat sana :D

dieya said...

lama tak singgah sini. tau2 je u r already on your trip. have a great one (i'm sure u will)!

saya said...

salam noornazuha,

dekat sana, apa nama hotel yg u all tinggal ye.

noornazuha said...

Saya: Kitaorang duk kat Courtyard Di Zurich. Kat lucern cuma balik hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...