Kenapa perlu ada Blog?

NoorNazuha | 4:27 PM | 15Comments |
Lamanya tak update blog..memang kering idea la lately....help help....so busy dengan rutin hidup hari hari. Suddenly today, rasa macam nak update sikit jeh kat blog.Bila ada masa masa terluang tuh, aku suka buat Blogwalking. Seronok. Boleh baca macam macam cerita and baca macam macam pengalaman orang. Kalau nak dibanding dengan top top blog tuh, memang rasa macam kurang sangat "isi" blog ni...dalam berblog walking ni, macam macam blog boleh jumpa kan...



Just wondering la, kenapa agaknya kita suka berblog?.well..mesti beribu jawapan ada dalam fikiran kan. Nak berkongsi pengalaman, nak isi masa lapang,nak menunjuk, etc laaa....terpulangla pada individu macam mana nak mengolah blog masing masing. Just tertarik nak share pasal sesetengah blog yang sangat suka berkongsi atau dalam erti kata lain "show off" yang tak bertempat. Tak tahula nak kategorikan macam mana. Cuma kalau tersinggah ke blog blog yang sebegini...sendiri boleh tau la..hehehe..memangla blog ni hak individu, suka rasa nak letak apa, tapi kadang kadang perlu kita ingat, blog ni public, Ramai yang baca. Letakla rasa segan/malu atau yang seangkatan dengannya supaya privacy kita terjaga.

Reminder ni pun untuk aku sekali..yela..supaya kita masing masing beringat. Masing masing tak lupa diri. Masing masing tahu adab dan etika dalam berblogging. Dah jadi lumrah kan, bila blog blog yang display segala harta kekayaan ni memang orang suka tengok. Yelah, bukan semua orang ada. Tapi blog blog yang memberi info dan ilmu tuh, kurang mendapat perhatian.

Sekadar nota ringkas jeh. Minta maaf kalau entry ni menyinggung mana mana pihak. Tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa. Cuma peringatan buat aku dan rakan blogger yang disayangi. Kita jumpa di lain entry ye..salam sayang.....


Terima kasih, datang lagi.

15 comments :

kak ziana said...

Stuju la dgn entry ni.. mmg yg tunjuk kekayaan tu ramai yg sukerrr..bab-bab ilmiah kurengggg org baca.. Terima kasih atas ingatan keatas saya jugak..Happy Blogginggg..Stuju pendapat zuha..mmg la Blog tu private tapi bila dah post entry jadi Public..chaiyuk..chaiyukkk

yusuflaili said...

Salam;
Setuju sesangat tu..blog aku memang utk public atau utk kongsi2 cerita.

amranaiman said...

saya tersinggung T_T hehe..

Zurina said...

hehehe...sy punyer blok dok kategori mana ek? jgn la kt nk nunjuk2...sbb takde apepon kat c2...;)

Azhafizah[フィザ] said...

thanks for remind me too..happy blogging!

noornazuha said...

entry ni untuk muhasabah diri saya..hehehe..x ada tuju kat mana2 blog..cuma kdg2 ajeh ter "singgah" kat blog yang show off terlebih ni....1 dalam 100 kot..heheh

penmerah said...

minat yg mendalam. heheee

aibat said...

posting benda2 yang public blh terima je..hal2 sensitive kena simpan sendiri...:)

noornazuha said...

tu yg subjektif tuh..sesetengah org anggap,semua isu/hal/benda boleh share,tanpa sedar perkara tuh sesetengah lagi org anggap seperti "show off",apa pun..apa yg kita buat,kena la berpada kan.....

MiszMaryaNe said...

ermmm, sy sebagai pemblog tak hebat memang tak hebat2 sangat hapdet2 blog, hehehe..

abah khalisha said...

abah pun kadang-kadang ketandusan idea..hehehe

m!3yr4h_LolLy said...

sy buat blog sbb nk isi masa keboringan time duk kat u nie. hee

Wen said...

sya suka entry ni hehhehe

khairul said...

teringin nk tukar domain lak..tp x tahu cara camna

Yati said...

setuju jugak...tapi x pernah lagi terbukak blog2 yg menunjukkan harta kekayaan...selalu duk bukak blog org cedok resepi je..hahahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...