Journey to Boston, Massachusetts

NoorNazuha | 2:51 PM | 7Comments |
Salam all...


After 2 days at Niagara, we then proceed to our next Destination, Boston, Massasuchets. The journey took 7 hours..waaaaaa....i am crying!...another long journey....bas kami hanya berhenti untuk rest selepas 2 jam 30 minit. So kalau rasa nak ke toilet tuh, pandai pandai la tahan dulu ye...:(

Semakin menjauhi Daerah Buffalo, semakin kurang salji. Tak sedar pulak bila bukit bukau gunung ganang semua tuh dah tak ada salji. 


The view
Bila sampai ke Boston, hari dah pun petang. Suasana dah gelap, so kami dibawa terus untuk dinner. Dinner malam tuh ialah Buffet. Makanan laut seperti Lobster memang terkenal di Boston. Tapi kami tak join sebab memang tahu buffet tuh ialah chinese buffet and tak halal. So ketika mereka menjamu selera, kami merayau rayau di sekitar China Town, Boston. Kami lepak dalam Dunkin Donnut and beli hot choc sebab keadaan di luar tersangatla sejuk. Kesejukkan yang jauh lebih sejuk jika dibandingkan dengan di Manhattan.

So then, kami heading ke hotel. Kami menginap di Sheraton Boston Hotel. Untuk info lanjut boleh click di bawah ye:-



At Hotel Lobby

Our room with 2 beds

Heater adalah wajib. Kalau kita wajib ada air cond, tapi kat sana wajib ada heater. Kalau tak, confirm beku!

Ahhh...sangatla best bila dapat berehat. Tapi macam biasala, disebabkan kena check out di awal pagi, so tak boleh nak keluarkan banyak barang. Hanya yang perlu sahaja. Baju malam pun aku pakai ulang ulang jeh. Aku hanya keluarkan stokin, seluar, baju, tudung untuk solat dan baju untuk pakai keesokkan harinya yang aku iron siap siap. Tak nak kelam kabot pagi2 besok.

Destinasi pertama untuk keesokkan hari ialah Harvard. Dah lama teringin nak pergi ke Harvard. Ialah, Universiti terbaik dunia la katakan....kami sampai ke Harvard lebih kurang jam 7 pagi.. Keaddan pagi kat situ Masyaallah, sejuk. Walaupun tak ada salji, tapi memang tak boleh diluahkan dengan kata kata.


Dasyat jugak Plat No kereta diaorang ni.....:)


Sebelum sampai ke Harvard

Sebaik turun dari bas, kami kena jalan kaki. Dalam 10 minit perjalanan. Terserempak dengan bas bas lain masa ni. Berebut rebut pulak kitaorang nak masuk ke Harvard ni. Aduiiiii..malas la nak berebut rebut ni. So aku just jalan belakang belakang jeh.

harvard


The library, i guess

One frozen morning

Mr Hubby yang memang tak tahan sejuk..:(


Bersama pengasas Harvard University, John Harvard


I forgot the name of the building at the back

Dah penat berjalan, rehat kejap

Dalam lebih kurang 3 minit jeh kat Harvard, kami terus ke kedai untuk minum. Tak tahan sejuk sebenarnya. I need something hot. Something fresh. So ingat nak cari Hot Chooc, tapi tak jumpa. Banyak kedai masih tutop. So kami masuk dalam Bangunan ATM and panaskan badan kejap. Lepas tuh keluar balik. Nasib baik ada satu kedai ni dah buka.


Bukan yang ini, sebab masih tutup


Yang ni la kami masuk. Self service jeh. So kami wat teh sendiri.
Tak sempat nak minum, bas dah nak jalan. Tak pasal pasal Teh kena buang. Tak boleh bawak masuk bas. Huh, rugi beberapa dollar. Perjalanan diteruskan ke Bandar Boston. Hmm....sebenarnya tak ada apa sangat kat Boston ni. Boston ialah salah satu bandar tertua di Amerika. Kat sini banyak bangunan bangunan lama yang dah jadi tinggalan sejarah. Orang pun tak ramai sangat. Mungkin tak ramai yang keluar rumah sebab musim sejuk.


Old church i guess...

City of Boston

Posing lagi dan lagi dan lagi.......:)


The City
Setelah lebih kurang 1 jam merayau rayau area ni, kami dibawa untuk menaiki Boat. Tapi aku tak join lagi. Bukan apa, tak nak kena macam dekat Washington tuh, bosan. Tak ada apa pun. Dahla mahal sampai $25 untuk boat ride tuh, tapi hanya duduk jeh kat dalam tuh. Nak amek gambar pun bukannya nampak semua sebab jauh jauh. So, kami pergi ke Boston Central Market. Kat sini ada tempat makan and tempat shopping. Hah, elok sangat la tuh...perut pun dah lapar.


Bersih
Disini kami jalan jalan cari makan. Fortunately jumpa booth Arab/mexico/Albania entah orang apa la yang jual makanan muslim. So aku amek Fish Burrito. Rasanya?hmm...cukup sekadar boleh telan.....memang tak ada rasa...:(


Inila rupanyeee... tak sedappppppp!. Harga $8
Selepas lunch, kami ada masa lebih kurang sejam lagi. Kat sini ada Outlet jugak. Banyak gak tempat shopping. So, aku amek kesempatan ni untuk cari Spanx yang kawan kawan ada pesan dengan kasut Nine West. Tapi malangnya tak jumpa pulak.



Where is everybody?again?
Window window shopping

Setelah penat pusing pusing kat sini, kami terus ke bas. Sebab lepas ni perjalanan akan diteruskan ke New York semula. Perjalanan ke New York mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Nak dibandingkan dengan perjalanan dari Niagara ke Boston sampai 7 jam, memang macam nak pengsan...

Ok then, will be continued in the next entry. Hope i can share the budget of this travel as well..till now...babai!


Terima kasih, datang lagi.

7 comments :

Noraqilah Johari said...

bestnye dpt pegi jalan2 :)

Zurina said...

alahai...perut akak ni klau xmakan nasi sehari mahunya meragam...klau nak ke obersea gamaknya kena sedia periuk blanga masak sdiri...:)

Hanida Moss said...

syoknya kak.. saya tak pernah pegi overseas lagi :D

zette said...

wah... tak dapat masuk belajar dalam harvard, amik gambar dengan harvard pun jadi laaa!

Mystic Angel said...

bestnya dapat jalan2 cam akak...kita pun teringin nak jalan2 camtu

Cik Nur said...

perghh..tgk akak pun nur dah tahu tahap kesejukkan itu..

seronoknya dapat jalan2.. :)

makanan tu nmpk sedap..tp xsedap eh...

puteri kasih said...

seronoknya dapat pergi holiday..nak juga pergi nanti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...