Woodbury Premium Outlet

NoorNazuha | 1:48 PM | 13Comments |
Salam Semua..

Still dalam entry travel lagi. Sorry banyak2 kalau ada yang bosan yek..hehe..kalau bosan sila la skip ke entry lain ye...:)

My Journey continue lagi. Hari Pertama aku dah share sebelum ni. So skip ke hari seterusnya. Next mission kami ialah ke Woodbury Premium Outlet yang terletak di Utara New York. Yeahhh..shopping time. Sebenarnya ramai jugak kawan kawan yang pesan barang, ada juga yang terpaksa di reject disebabkan masalah bagasi tak cukup. Harap maaf ye kawan kawan..:(


New Jersey Transit at Penn Station
Perjalanan bermula seawal jam 8 pagi. Selepas subuh, selepas breakfast, kami terus ke Penn Station yang terletak hanya berhadapan Hotel. Biasala, ternganga jugak cari train. Tanya sana sini akhirnya jumpa Train yang nak ke Woodbury. Train yang dimaksudkan ialah New Jersey Transit.


Boleh guna cash ataupun Credit Card.


Senang jeh nak ke Woodbury ni. Naik Train New Jersey Transit. Kemudian stop di Station Seacacuss and sambung perjalanan menghala Ke Hoboken dan turun di Stesen Harriman. Total tiket ialah $13.50 untuk sehala perjalanan. So total untuk return ialah $27.00 jauh lebih murah dari menaiki bas. Kalau tak silap naik bas kos nya lebih kurang $80 return.

Please keep the ticket for the inspection.

Tiket hendaklah disimpan sebab dalam Train nanti akan ada orang check tiket tuh. Macam Konduktor gitu. Berbeza sikit dengan di Eropah sebab kat sana tak pernah ada orang check tiket kalau naik tren...hehehe..heaven!

Sampai jeh di Stesen seacacuss, kami minum sekejap di Dunkin Donnut. Nak makan tak ada keberanian. Sambil tunggu train, lepak lepak dulu. Waktu ni keadaan agak busy sebab Mat Salleh ni semua nak pergi kerja.


We took Port Jervis Line to Harriman.
Perjalanan ke Woodbury mengambil masa lebih kurang 1 jam. Bosan jugak duduk dalam Train. Sambil sambil layan internet, sambil berchit chat dengan Mr Hubby and sambil menikmati jugak pemandangan di sepanjang New Jersey, cantik sangat.

Sesampainya di Harriman, kami terus amek cab share dengan sorang Minah Salleh ni. Sorang kena dalam $4 jeh. Tak sampai 10 minit pun. Kami sampai ke Woodbury lebih kurang jam 9 pagi.Outlet dekat sini baru jeh nak bukak. Kami dah busy nak terjah....:)


Cab time or more to kereta sapu......:)

Morning at Woodbury....nyaman

I am here.
Dikhabarkan disini bahawa suhu sangatla sejuk. Walaupun Salji hanya berbaki sikit, tapi Masyaallah, tak tahan sejuk. And aku tak pakai Thermal dan stokin masa ni sebab tak aspect akan sejuk macam ni. Seriously...

Ok ok..enough with the weather. First kami masuk ke Outlet Sony, lepas tu Outlet Levis. Harga sangatla murah. Ikutkan hati nak aje borong semua, tapi kewangan tak mengizinkan...:(


Di Outlet Levis, Timberland and Ralph Lauren
Then, kami proceed ke Outlet Coach, sebab ramai yang pesan beg Coach...Harga memangla sangat murah..tak rugi la pergi sini..rambang jugak mata. Kalau you all semua mementingkan koleksi baru, memang tak sesuai la ke sini sebab nama pun outlet kan. Kebanyakkan pun nak habiskan stok....sebab tu harganya pun murah.

Biasala...posing dulu sebelum borong....


Hah...borong.....semua pesanan kawan kawan...:)
Banyak lagiii sebenarnya..... lama jugakla aku kat dalam ni...siap Whatsup member lagi nak tanya mana yang diorang berkenan. Nasib baik jugak Mr Hubby ada beli SimCard. Boleh berinternet. Kalau nak ikutkan wifi free, memang la tak ada.


Mr Hubby jadi tukang bawak...


Mission accomplished!
Setelah habis berpoya poya kat sini, kami ke Outlet Longchamp pulak, dengan harapan nak cari limited edition Le Pliage medium shor handle yang ada gambar Statue Of Liberty, malangnya tak ada. Kena gak cari gak kat Butik...

Best gak la kat sini cuci mata...:)

Lepas tuh terus ke Outlet Clark. Kat sini kalau nak beli kasut  jenama ni, dapatla paling rendah dengan harga $29.90. Boleh tahan kan..tapi rasanya dekat London lagi murah kot..nak pulak kalau Boxing day...

Jom pilih...!
Selepas penat ronda ronda kat sini, kami terus ke outlet Calvin Klein, LV, and Sony. Tak beli apa pun cuma Mr Hubby beli Headphone Sony dengan harga $19.00. Kalau diikutkan shopping, satu kapal pun belum tentu cukup nak bawak balik....:)


Tepek gambar Mr Hubby, nanti dia kata mana gambar dia.....???

Gucci Outlet...dari kejauhan

After 5 to 6 hours macam tuh, badan pun dah penat. Masa untuk pulang. Lagipun dah tak tahan sejuk. Angin pulak bertiup tak henti henti. Woodbury ni dikelilingi oleh bukit bukau membuatkan suasana jadi semakin sejuk. Sampai mengigil gigil kalau kat luar tuh. Kami terus je call Cab untuk ke Stesen Harriman semula.


At Harriman Station.


As usual, beli tiket $13.50 to Penn Station New York.

Kami tiba ke New York semula lebih kurang jam 5 petang. Time Winter gini, pukul 5 petang dah gelap. So kami heading terus ke Hotel untuk fresh up sebelum menyambung aktiviti shopping dan jalan jalan. Ok..till now dulu...will be contunued with Orlando journey....babai....:)

Terima kasih, datang lagi.

13 comments :

TS said...

ohoooiii..heaven nye shopping..ngee..

shark said...

best nyer akak..
nak longchamp limited edition sebijik..toloooonnnggggg!!! :P

Vanilla Maple said...

wah wah, bestnye. untung la awak :D btw, saya dah follow eh :D

Kamsiah yusoff said...

waaa...bahagianya..:)
handbag tu...waaarrgghh...jeles tgk..

faie mohamad said...

bestnye.. akak mmg slalu gi oversea kan? jeles~ hihi...bertuahnya die..

Miss N™ said...

wahhhh..seronoknyaa..!
bab shopping tu mmg best..nur tgk pun boleh rmbang mata...hihi

ANISRAHIM said...

huaaaawwwwwaaaa jeles giler kot :(

Cik Nor said...

kerja kat oversea ker?

NoorNazuha said...

Normi nieza:tak la,keja kat cini je,suka jalan jalan tempt org,cri pengalaman

puteri kasih said...

bestnyer shopping kak :) puteri yang tengok gambar pun boleh rambang mata..hehe

Cik Nor said...

oo..g bercuti la..:)

Asyik Izas said...

wah bag coach..nakkkk juga..:)

norhanita said...

Bestnya. X sabar. Next week nak pergi uS. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...