Gyeongbokgung Palace and Bukchon Hanok Village, Seoul

NoorNazuha | 11:55 AM | 8Comments |
Salam semua


Ahaaaaaa.......menyambung entry yang tergendala selepas berpoya poya di Jeju. Kitaorang spent cuma 3 hari 2 malam di Jeju. Tak Puas tau. Banyak lagi tempat nak terjah, tapi tak sempat. Hari ke 3 dah nak berangkat ke Seoul. Flite kami kul 8.40am. Seawal 6.30 pagi kami dah gerak dari Guest House ke Airport. Perjalanan kali ni pun ditaja oleh Jeju Air (kahkahkah...)



Incheon Airport..Auwwwww Manager Do Min Joon......

Alhamdulillah selamat landing di Incheon lebih kurang jam 9.30 pagi. Rush rush amek luggage and terus amek cab. Semua macam malas nak naik Subway.ikut kan aje la. So kitaorang share amek Premium Cab yang muat dalam 10 orang and then share share la bayar. Kos cab dari Incheon Airport lebih kurang dalam 50,000Won iaitu lebih kurang dalam RM158.00. Mahal kan?


Di Seoul kitaorang stay di daerah Itaewon. Kat sini memang ramai tourist Malaysia. Ke sana sini memang tak lari dari jumpa orang Malaysia. And area ni jugak ramai Muslim and Halal food. Bila dah turun dari cab, kami split jadi 2 group. Saya and member ber 2 nginap kat hotel lain. Atau lebih tepat, Motel. Nama motel kitaorang ialah Itaewon Inn.Untuk further info, boleh click link di bawah:-

ITAEWON INN HOSTEL



2 quenn bed for the 2 of us.


Toilet yang comeiii

Yang tak best kat sini sebab stay kat level 4 tapi tak ada lift. Menangis mak ngangkot beg berat. Nasib baik owner hostel ni macho tolong angkat kan beg kami 2 biji yang berat 20KG tuh sebelah tangan jeh. Fuhhhhh memang i kagum. Larat dia.....

Lepas hantar beg, lepak kejap, solat, and makan makan sikit. terus jeh kami terjah keluar. Tak nak bazir masa since banyak sangat tempat nak pergi. Mood membuak  buak nak shopping.

First destinasi kami di Seoul ialah Gyeongbokgung Palace. Nak sebut pun tak reti. Kat sini sebenarnya lebih kepada nak tengok persalinan dan perarakan diraja. Cuaca memang sangat sangat cun time ni. Cerah dan berangin. Sejuk sejuk manja gitu.Berpandukan Map Subway yang dah di print awal awal, kami terus heading ke sini.


Lepas naik dari Subway di Gyongbokgung Palace


Along the way to the Palace.
On the way ke istana ni, ramai jumpa tourist Malaysia. Siap bertegur tegur lagi.Entah entah ada rakan rakan blogger yang ke sini masa ni kan, cuma tak kenal jeh. Pelbagai rombongan ada kat sini. Bas pulak siap que nak parking. Pendek kata memang agak padat la kat sini. Belum kira pelancong dari negara lain lagiiii.......


in front of the Palace.


Eh eh..baru sampai korang dah nak masuk dalam ke?



Boleh tahan cun gak tempat ni.....i like!

Almost 1 jam lepak lepak sini, kami meneruskan jalan kaki ke Perkampungan Bukchon Hanok di sebelah Istana ni. Huh....leteh mak berjalan. Tak ada la dekat mana pun, mau dekat 1 kilo gak kena jalan ke kanan Istana ni then amek kiri then terus lagi. Sampai jeh ka sini, terus pengsan..ehehe...terus tak ada mood nak amek gambar. Maaf dengan kualiti gambar memang sangat sangat tak cun. Semua gambar ni hanya menggunakan ehsan Handphone Galaxy Note 11 jeh.....



Yey dah sampai siniiii.....



Kanak kanak korea yang comelll


Dah tak larat, nak balik


Sebahagian dari Hanok Village




Lepak lepak kat sini sampai lebih kurang jam 5 petang.,terus mood nak ke Insadong. Tapi tak jadi. Las last kami ke Myeong Dong. Memang tak sabar nak shopping jeh sebenarnya. Masa ni group kami dah split jadi 2. Group yang 1 lagi bertolak lambat dari Jeju and janji ngan diorang nak jumpa kat Myeong Dong jeh. Masing masing tak sabar nak shopping gak kat sana.

Okla..sampai sini dulu entry kali ni..nanti kita sambung entry ke MYEONG DONG, NAMI ISLAND AND LOTTE WORLD TEAM PARK PULAK ye.....nanti panjang sangat tak larat pulak korang nak scroll ke bawah..:)...Adiosssss....

Terima kasih, datang lagi.

8 comments :

Frau Lisa said...

wowww besntnyer g Korea

Jari Manis said...

ala...apa nama motel tu sbb ayat kat atas tu cam tergantung x habis :-)

nama motel kitaorang.......

cik oreo said...

wow best nye teringin nk g korea jugak!

NoorNazuha said...

Jari manis: tula..tertinggal nak masukkan link tadi...duk kat Itaewon Inn..:)

Unknown said...

Seronoknya baca. Turn kami mama-me-time ke korea bulan 4 thn depan. Tak sabar nk jejak kesana 😊

Btw salam kenal dari saya
semuasihatselalu.blogspot.com

syieda said...

Ntah2 mesti terlanggar mana2 blogger kot kat sana kan kak. Kikiki

Kak Vit said...

cantiknyaa korea... bersih je.. :))

Lieya Von Jay said...

istana dan kg ni antara tmpt yg sya tringin sgt nak pi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...