Namiseom, South Korea

NoorNazuha | 7:11 PM | 11Comments |
Salam

Masih dalam entry Korea. Entah bila nak habis ni. Harap uolsss tak boring tengok and baca ek...kehkehekeh...ok ok...saya tinggalkan cerita di Myeong Dong sebab gambar tak ready lagi dan meneruskan Perjalanan ke Pulau Nami. Orang kata tak sah ke Korea kalau tak ke Pulau Nami. Ala ala datang ke KL tapi tak pergi ke KLCC gituewwwww.....

Perjalanan ke Nami mengambil masa lebih kurang sejam. Naik tren dalam 40 minit  then naik cab dalam 10 minit then sambung naik feri dalam 15 minit. Trip ni cukup kalau gi sekadar half day jeh sebab tak banyak mana aktiviti yang nak buat kat sana pun. 

Kami gerak dari Itaewon lebih kurang jam 9 pagi, Berkumpul di Subway Itaewon. Isi perut siap siap kat hotel sebelum keluar.


Rombongan Cik Kiah nak ke Nami

Sepanjang dalam train, kami meninjau gelagat gelagat orang orang korea ni. Rata rata ramai orang tua yang naik Train ni.No wonder mereka ni sehat dan fit dan susah nak cari yag obesiti. Saya duduk di sebelah 1 couple tua ni, siap offer makanan diorang lagi tapi saya tolak dengan lembut menggunakan bahasa isyarat sebab nak cakap TAK NAK dalam bahasa Korea pun tak reti...ahhhhhh......


Ramai warga Veteran

Nak ke Nami ni kena naik 2 jenis Train. 1 train subway dan 1 lagi Regional train. So kena transit jugak untuk tukar Train di Stesen Cheongnangyi subwaydan terus ke Gapyeong Station. Dari Gapyeong Station, amek Cab yang que kat depan Train Station dan bagitau jeh nak ke Ferry Point. Cab fare dalam 3000 won ke 5000 won tak silap. (kalau silap sila betulkan ye...)



Di hadapan Gapyeong Station

Sesampainya di Ferry Point, Perghhhh...que panjang dekat 1kilo. Tu pun hari jumaat. Belum weekend lagi.Kalau weekend, mau 2kilo que tuh. Jangan main que jeh, sebab que tuh untuk orang yang dah beli ticket ferry. Just beli tiket dulu then baru que. Fare ferry ialah 8,000 Won return.



Kebanyakkannya semua Tourist Korea jugak.Over excited diorang ni.



Di atas Feri



Berduyun duyun manusia turun dari feri

Group kami dah berpecah pecah bila sampai ke Pulau Nami ni. Dah jadi 2 group then dari 2, jadi 3 then last2 jadi 4 group sebab ada yang bawak budak kecik so time anak2 tengah cranky ni, diorang tak dapatla nak join. Okla kiranya sebab semua sporting aje....


Meninggalkan Jejak di Pulau Nami..kehkehkeh



At the Entrance

Suhu tak sejuk pun. Just nice untuk berjalan jalan. Memang cantik pemandangan di pulau ni. Bila tengok orang berbasikal, terus kami gi cari sewa Basikal. Best apa pusing pusing pulau naik basikal. Berangin ohhhh..nasib time kami sewa tuh, still ada lagi basikal. Sebab awal lagi. Bila dah masuk petang, pulau ni makin penuh pulak.


Antara pokok pokok di Pulau Nami



Auwwww romantik gituewwww



Sorang pun sorang laaaaa...


Mak posing yeee...

Layan dulu la gambar gambar di bawah yek....





Gambar yang tiada caption



Gambar yang tiada caption



Gambar yang tiada caption
Dah leteh jalan jalan, finally kami dapat basikal..kehkeh..lama mak tak tunggang basikal. Terhoyung hayang mak dibuatnya. Harga sewa depends pada berapa jam kita nak. Kitaorang amek sejam jeh so kena dalam 5000Won.

Bila naik basikal, maka angin pun menyerbu nyerbu muka.waaaaa..nyaman betulll....best btol rasa. Walaupun bentuk muka bumi di Nami asik turun naik bukit, tapi penat tak terasa......basikal ni macam berat semacam. Macam ada gear jeh...kena biasakan naik dalam 5 ke 10 minit barula boleh tegak bebetul, kalau tak, asik nak terjatuh jeh..:) jom layan gambar basikal...ooopssss..ngan owner blog sekali......di atas basikal itu...:)



Muka baru dapat Basikal!

 
Tu bukan belakon naik basikal tau....

Best betul

Susah nak dapat pose kat tengah tengah ni...manusia ramai betul


Nampak macam sawah padi pulak kat belakang tuh....
Since kitaorang sewa basikal ni sejam jeh, so rush nak hantar balik ke stesen sewa tuh. Dalam rush rush tuh, member jatuh tergolek gak sebab nak elak budak melintas. Tergolek dok dia..dah la basikal tuh berat....kesian dia.....hehehe..nasib tak cedera pape.Cuma baju dia penuh dengan daun daun kering.

Kalau kita sewa basikal ni, 1 kena ingat, kena simpan resit tuh sebab diorang nak tengok.  Masa nak sewa tuh, kena bagi ic/lesen sebagai deposit then tunjuk resit tu balik supaya senang diorang nak pulangkan balik ic/lesen kita. Malangnya kami tak simpan, ilang masa syok berbasikal, jenuh orang tuh nak cari lesen si member ni. Bising gak la depa orang...kehkeh....

Sessi berbasikal dah tamat, sessi makan pulak. Ada Asian flavour halal kat sini. Alhamdulillah. Perut dah lapar sangat. Kami ber dua order Nasi Goreng. Rasa ala ala kadar jeh..janji boleh isi perut...

Oh ye...surau ada disediakan di Tingkat 2 Book Cafe, cuma bersebelahan jeh dengan tempat makan ni. Tempat wudhu' bercampur dengan lelaki tapi masa saya ke sana, nasib baik lelaki tak ada. Tempat solat ni memang la tak selesa tapi janji ada kan......


Siap ada sign board melayu lagiiii


Lupa nama Nasi Goreng ni.....bolehlaaaa....



Buat kenangan



Tak sure nama cafe ni..tapi comel


Ohhhh Winter Sonata
Plan nak lepak kat Nami ni cuma half day. Sebab banyak lagi tempat lain nak jelajah. So dalam lebih kurang jam 3 petang, kami semua pakat pakat nak balik. Gang dah berpecah pecah. Tapi jumpa balik kat Train Station. Takut jugak nak gerak petang sangat sebab que nak tunggu ferri semakin panjang. Tak sure berapa ferry yang diorang guna ulang alik ke Nami ni. Nampak macam ada dalam 4 Ferry. Tapi que still panjang.

Otw balik kami salah naik train. Malu mak...hahaha...perkara biasa untuk Traveller macam saya. Sesat barat tu biasa. Bila dah sedar yang dah salah train, terus kami turun di next station and tunggu Train yang betul. Kami sampai ke Seoul lebih kurang jam 5 macam tuh dan terus berpecah lagi. Group kami terus heading ke Dongdaemun.

Okla....panjang sangat dah entry ni. Nanti sambung ke Lotte World pulak..till now. babai......

Terima kasih, datang lagi.

11 comments :

syieda said...

Cantiknyaaa name berbunga2. ..time kita pergi togel je semuanya.

Izzati Amira said...

bestnya jalan jalan ke korea

Ajim said...

bestnyaaaa pergi ke korea. entah bila la nak sampai sana. hohoho. awal bulan depan kita nak ke phuket jeewwww

Jari Manis said...

nami island tu mmg ramai pengunjung terutama peak autumn..mmg susah nk dapat spot yg lengang...nasib baik waktu sampai ri tue x perlu Q panjang nk beli tiket..samapi2 je terus ke kaunter..cuma time balik Ya Ampun..mcm semut...Q punya lah panajg..itu x kira lagi yg baru sampai..

Frau Lisa said...

hi salam pkenalan
woow I miss nami island!kenapa hari itu saya xnampak kedai nasi goreng tu?huhu

kimchaa said...

yaaa Allah bestttnnyyaaa ! bila laa, boleh pegi korea .. huhuh

Cik nadya said...

wah.. bestnya travel ^^
pegi korea tuu..
jelesnya.. huuu

sukasukitulisblog said...

serius cantik =)

Unknown said...

ramainya la manusia.. huhu

luna paris said...

besnye naek beskal.. feeling2 cam dlm drama =)

luna paris said...

besnye naek beskal.. feeling2 cam dlm drama =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...