Lotte World Theme Park, Seoul

NoorNazuha | 10:59 PM | 15Comments |
Salam

Hari terakhir di Seoul, kami ke Lotte World Theme Park. Mula mula tuh decide nak ke Everland, tapi last minute cancel sebab takut tak sempat nak shopping mopping pulak. Everland jauh and amek masa. Lotte World ni kira dekat, just naik Subway dan turun di Stesen Jamsil. Lotte World memang ada kat bawah tu jeh. Dari Itaewon ke Jamsil dalam 30 minit macam tuh.

Sampai seawal jam 10 pagi, Lotte World baru jeh buka. Harga tix masuk lebih kurang 36,000Won bersamaan dalam RM170++ macam tuh. Actually Lotte Word ni besar. Ada indoor and outdoor



Berlatar belakang kan Girl Band


Ada skating rink tapi tak reti nak join
Dah nama pun theme park kan, so apa lagi nak  rasa la rides kat sini best ke tidak. Walaupun umur dah nak 40, tak pernah rasa bosan naik benda benda alah ni. Satu sebab nya boleh ilangkan stress sebab jerit kuat kuta. Memang lupa masalah kerja ke, masalah umahtangga ke..kehkehekeh.....

First ride yang kitaorang naik ni ialah Roller Coaster indoor. Not bad gak. Ala ala yang kat TimesSquare kalau kat KL. Tapi lagi best yang ni kot. Tapi memang tak ada gambo lah yerr. Que nye panjang sampai satu jam. Penat mak nak que ngan bebudak korea ni. Semuanya budak sekolah jeh lagi, tapi badan sume bagak bagak. Tinggi kalah mak.

Ride kedua kitaorang naik kapal. Ala kapal yang hayun hayun tuh. Syok. Diorang ni sporting jerit jerit. Enjoy sangat naik ni. Que dalam 20 minit. Nasib tak lama sangat.


Que

Ni kapalnya
Lepas naik kapal, kami terus naik benda yang pusing 360 darjah yang sebenarnya tak ingat apa nama benda ni. Tetiba member tak nak join. Terpaksala saya layan sorang sorang. Takot katanye sebeb pusing 360 darjah. ...bila solo solo ni cuak jugak. Tapi nak punya pasal, ku harungi juaaaaa...


Giant Loop..syokkkkkk sampai nak tercabot tudung..:)


Tengok show pulak
Lepas kira kira 2 jam lepak kat dalam, kitaorang terus ke luar pulak. Nak tengok rides apa yang menarik. Cantik view kat luar ala ala disneyland gitu. Banyak lagi rides yang best best kat luar. Apa yang tak larat bila nak que jeh. Habis masa kat situ. Tapi macam mana pun, kena gak que, kalau tak, tak merasa la.



Cantik castle kat belakang tuh

Ok..seterusnya, kami terus mencari rides yang best. Tetibe ternampak wheel yang macam best. Macam melayang layang gitu. Ahhhh...nak que lagi. Dekat sejam jugak que kat sini. Tapi berbaloi sebab best sangat.


Tula benda alah nya


Tengokla que tuh....
Ride ke 4 kami ialah benda yang lebih kurang sama tapi lagi creepy. Tinggi and pusing pusing kat atas sambil dihayun. Que untuk ni memang sejam lebih. Fuhhh....kalau sebab bukan kat Korea, dah lama mak give up sebab dah tau bila lagi nak ke sini kan....


Ada 1kilo kot panjang


Memang tnggi dia hayun tuh....ngeriiiiii


Wish i can dine in here.....

The view is amazing
Kami bajet lepak kat Lotte ni cuma half day jeh. Selebihnya nak shopping di Myong Dong and Namsan. Kalau nak naik semua rides, memang tak akan sempat, unless stay kat sini sampai malam. Apa yang saya perasan, masa menunggu nak naik satu satu rides kat sini jauh lebih lama compared ngan tempat lain yang saya pernah pergi. Maybe security reason atau memang dioarng ni lembap tak tau la..kehkehkeh...

Lepas 2 jam lepak kat luar, kitaorang masuk ke dalam balik. Otw tuh beli Plain Waffer dengan harga 3000 won. Lapar sangat dah. Makanan halal langsung tak jumpa. So memang bajet nak balik dalam kul 3 macam tuh.

Gift Shop


Halloween is approaching....


Nice mini bus

Marry go Round at the back
Oklaaa....setakat ini dulu untuk entry pendek ni. Kalau sesiapa nak ke sini senang jeh. Amek Subway Line Hijua (Line 2) dan stop di Stesen Jamsil. Tak payah tukar2  train sebab tempat ni connected dengan subway jeh.


Line hijau on the right
K la...till now...kita sambung untuk entry Myeong Dong and Namsan pulak yeeee......jumpa lagiii di entry yang seterusanyaaaaa........Salam

Terima kasih, datang lagi.

15 comments :

ezyra taharin said...

wahhh seronok nye akk dapat pergi sana.
agak mahal kan mata wang kat sana..
beruntung nye akak dpat pergi...
hhukhukhuk

Frau Lisa said...

hi,
xsabar nak tunggu entri seterusnya. Kalau Lisa xberani nak naik ride, ended up selpie jer..huhu.anyway everland tu lain ek dgn lotte world?konpius..hehe

Shaliza Aziz said...

wah bestnya. Ieja dpt naik ride 1 je. sebab q pjg + tak berani. btw best kan korea :)

Lynn Huraiza said...

bestnyer...memang kena tunggu lama kan kalau nak naik rides nie semua...penat menunggu jer...tapi yang penting enjoy...

Lieya Von Jay said...

best nya kak dpat pergi lotte world yg femes amos dan selalu ada dlm ceta korea neh.. :)

Madam N said...

nice trip !

Izzati Amira said...

aaaahhhhhh syok nya sis. jeles level 10 tau baca entry nih!!

NoorNazuha said...

Frau Lisa: Everland theme park yang lain. Jauh sikit dari seoul.

Lieya:Yeke banyak drama korea wat kat sini..akak memang tak tau..kehkeh

Unknown said...

yg selalu dalam drama korea tu ha. hehe.. dlm runningman pun ade. hehe

Anonymous said...

Seronoknya, bilalah dapat pergi ye.

nohas said...

best juga Lotte World..ada byk castle tu yang menarik..

Jari Manis said...

2 kali ke Seoul belum tergerak hati nk ke sini ..nampak nya next trip akan cuba masukkan dalam itie tapi bergantung juga kepada partner kalau dia x nk terpaksalah cancel

Anonymous said...

pernah ke sini sekali tahun lps.... itupun sbb dtg sbb kena kerja.. bley la bcuti sekali..
theme park yg ala-ala genting malaysia.. tp ttp best.. :-)

Ako Retna said...

Oooo rides dier lbh krg mcm kat everland.. :)

bungamerah said...

okay nampak mcm disney, jadi memang kena pegi la! hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...