Those good old days...!

NoorNazuha | 6:31 PM | 13Comments |
Perut rasa lapar pulak petang petang ni........amalak...alamak.....habis diet aku kalau makan nasi ni..hehehe...time time ni otak aku suddenly spinning kejap nak imbas balik memori dulu dulu masa aku youngie youngie.....masa baru baru nak kenal apa erti cinta...masa nak kenal erti hidup and everything lah.....seronok pulak bila diingat masa masa tuh and luckily aku masih simpan lagi gambar gambar tuh.....jom layan jap....

masa SPM...spek aku memang besar..heheheh!

first day bergelar student matrikulasi...haha
Jadi cat walk clown lak masa study dulu...hehehe
Jumpa anak orang asli di Cameron Highland
Ber picnic di Sekayu waterfall, Terengganu
Mount Climbing di Besut Terengganu




Tahun tahun terakhir bergelar student

up side down kan diri dalam roller coaster...yeehaaa..

ni gambar Mr Hubby....
masa Mr Hubby SPM..skinny nyeee
beberapa tahun yang lepas
Puas pulak korek korek gambar ni......banyak yang dah lupa kat mana save...yang ni jeh yang jumpa..hehehe..saja saja nak penuhkan masa lapang....bila diingat ingat balik..memang seronok.....okla..saje nak share entry ni...semua orang ada masa silam yang tak boleh dilupakan betul tak?ehe...see uols...in the next entry......wassalam...

Terima kasih, datang lagi.

Adorable Aaron Ramsey

NoorNazuha | 3:39 PM | 11Comments |
Alamak..entry apa pulak aku nak share ni?emm...suddenly nak share pulak pasal favourite footballer. Mostly orang akan cakap perempuan ni kalau minat bola, mesti sebab suka tengok player diorang hensem hensem? betul ke?..hahaha..i agree..memangla..sapa tak suka tengok kan...baik admit..hehehe...tapi takla semua tengok muka jeh, kalo muka jeh boleh jual, tapi kaki bangku pun tak guna jugak kan..so both kena ada la..talent tuh no 2..hehehe!

Okla..kalau ditanya pendapat aku, aku akan cepat cepat angkat tangan kata Aaron Ramsey yang aku vote. Sebab dia ni memang ada talent. Firstly, muda muda lagi dah jadi kapten pasukan negara kelahiran dia sendiri iaitu Wales. Secondly, aku rasa memang tindakan Arsene Wenger meletakkan dia antara pemain utama skuad The Gunners and tak mustahil dia boleh jadi kapten Arsenal suatu hari nanti.

Wishing you all the best
long way to go....
Masa Arsenal buat Asia tour hari tuh, aku la orang yang paling happy sebab dapat tengok live, walaupun nampak diorang ni macam semut jeh kat tengah tengah padang tuh. Bila Aaron menjaringkan penalti yang pertama, memang aku suka sampai terjerit walaupun aku sokong Malaysia team jugak..hehehe..janji boleh tengok dia beraksi live kat sini..

Still ingat lagi masa Aaron injured teruk masa match dengan Stoke City, waktu tuh memang keadaan dia teruk. Almost setahun tak nampak kelibat dia kat atas padang tuh...rindu jugak kan....sekarang dia dah aktif semula..harap dia akan terus maju bersama sama Arsenal dan kalau boleh jangan la tukar club dulu..timba la pengalaman yang sebaiknya sebelum berhijrah ke tempat lain.....

Okla..entry ni selingan jeh..nak share hobi....wishing him all the best in the future...



Terima kasih, datang lagi.

Jom diet bersama Litchin

NoorNazuha | 4:04 PM | 12Comments |
Hari ni tergerak hati nak update blog. Tiba tiba rasa nak berkongsi cerita lagi selepas balik dari travel hari tuh. Alhamdulillah, penat badan dah hilang walaupun ni la travel paling penat yang aku rasa. Tapi still best....

Lepas lepas raya ni, aku nak start program diet. Berat badan dah naik macam dipam pam. Baju dan kain dah banyak yang ketat and ada yang langsung dah tak boleh pakai. Sayang kan....survey punya survey, aku terbeli produk Debella yang tengah hot kat pasaran sekarang ni. Yang duta dia penyanyi Aisyah tu la. Kalo baca testimoni kat produk ni, mak aii....semua hilang berkilo kilo..macam senang jeh nak turun berkilo kilo tuh...

1 set comprises 2 boxes
Semangat la aku purchase produk ni. Kalo diikutkan, banyak lagi produk lain kat pasaran tuh. Sedayu tingi la, sendayu rendah la, Jus mate la,, Trimax Slim apa ntah, tapi aku macam nak jugak beli yang ini. Ada yang kata hilang 5 kilo lepas cuba sekali jeh produk ni..emmmm..maybe betul..

Harga produk ni boleh google sendiri la yang mana bagi aku agak mahal sebab untuk 20 hari jeh,emmm..2 kotak ni terdiri dari enzim and fiber. Fiber ni memang untuk digest and enzim ni untuk membantu cepat kenyang. So far dah 2 minggu aku guna produk ni, kalo cakap bab digest tuh..heheheh...memang senang la..tapi kalo bab KENYANG tu, susah nak cakap la sebab aku still makan macam biasa.Aku masih belum berani nak timbang berat badan sebab aku takut hasilnya tak memuaskan...tunggula cukup 20 hari. Selain tuh, aku top up jugak dengan aktiviti jogging and reduce pengambilan nasi sebab aku memang hantu nasi.

Kalo ada rakan rakan blogger yang pernah atau sedang guna produk ni, boleh la kita share cerita ek sebab aku masih dalam proses percubaan lagi. Harapnya usaha ni berjaya sebab kalau tak..alahai..melayang..duit gaji ku!.....jumpa lagi......tata!


Terima kasih, datang lagi.

Portobello Market, West London

NoorNazuha | 3:25 PM | 11Comments |
Kami tiba di Kota London semula jam 6.30 pagi..perghhhhh..badan dah rasa macam dalam kandang kambing sebab 2 hari tak mandi..wakakakaka.....masa ni kami dah check out dari High Holborn dan kami move ke daerah lain di London iaitu Leyton. Lepas mandi rest and wat ape yang patut, kami nak gerak ke west London pulak

Aku nak share pasal street market yang bernama Portobello ni. sebab aku tak sempat pergi sini masa bulan april hari tuh.Rasanya kebanyakkan tahu tentang market ni. Memang famous among tourist and londoners.Kalau nak baca lagi pasal shopping and tempat menarik di sini bley click kat sini:-

 Shopping Bajet di Kota London
Notting Hill Gate Tube Station
Nak kesini sangat senang. Of course la naik tube. The most convenient way to travel kalo kat sini. Both Central line and District line go through here.Depends kat mana kita berada kat mana pada masa tuh and mana yang terdekat. Tapi jarak perjalanan dari tube station ke market tuh adalah lebih kurang 1km. Selain tuh, boleh jugak naik bas.

famous red bus
Kalau nak kesini, memang kena gerak pagi pagi sebab pasar ni senang sangat nak penuh. Bila dah penuh, apapun tak leh nak tengok kan. Rimas la pulak. Kami sampai sini lebih kurang jam 9 pagi. Kira awal lagi sebab masa ni lengang lagi. Memang senang nak usah usah barang la time ni. Aku tak ada apa sangat nak beli kat sini. Besides, aku bawak duit pun dah memang tak banyak.Ingat nak tengok tengok jeh la...

crowd heading to the market

The environment
Salah satu sebab market ni famous maybe sebab filem Notting Hill yang Julia Robert and Hugh Grant tuh berlakon kot..hehehe...and some more harga barang barang yang berpatutan. Kat sini banyak barang kraftangan, baju bajan, scotish product, food and pastries, home decor and many more. Jom layan gambar apa benda benda macam nak best tuh....huhu...

Car stickers and batches
Scotish pashmina,shawls and bags

T shirts
Sign boards
Necklaces
Bags
May fav...fridge magnets
Kalo ikutkan..banyak sangatla benda benda jual kat sini..sampai tak larat tangan nak snap gambar. Masa tu pulak orang dah makin ramai. Sampai bersesak sesak dah. Tau jehla mat mat salleh semua tu bersaiz besar. Nasib gak la aku ni bersaiz besar gak..hahaha..cukup gak la nafas aku kena himpit time tuh....jalan punya jalan..perut pun dah lapar. Tak jumpa lagi tempat makan halal kat sini. Macam adik aku kata, dia ada makan kat restoren "Jom Makan" kat area sini, tapi aku tak jumpa pulak..kena la tahan lapar. Memang la tengok semua makanan kat sini terliur semua...jom tengok makanan kejap....

Nampak best, tapi doubt jugak la kan....

Popia pun ada
Pickles,seeds and dried fruits
Ni jeh yang aku beli......strawberry
Jalan punya jalan tak sedar orang dah mula penuh. Memang penuh sepenuhnya sampai nak keluar pun susah. Kebanyakkannya pelancong jugak. Semua muka eropah jeh aku tengok. Time ni memang bright summer.Cuaca memang cun sangat nak berjalan jalan.

sesak
Among the bees...
Ohh lupa lak nak mention..kot yang aku pakai tuh baru jeh aku rembat kat sini..harga baru 20GBP...memang murah. Walaupun nampak panas, tapi still sejuk sebenarnya, kalau tak, tak kan la diorang ni still berjaket bagai kan...tengah jalan jalan tuh, jumpa kucing comel...waaaaaaaa.........

Pondering cat....
the best "thing" to cuddle
Time ni badan memang dah tahap maksima leteh dan lapar. Memang nafsu shopping masih nak berayau rayau kat sini. Tapi kaki dah tak mengizinkan. Kena beredar dar sini secepat mungkin sebab orang dah semakin sesak dan semakin susah nak bernafas. Sebelum balik tuh..sempatla aku beli fridge magnet lagi satu buat kenang kenangan and buat koleksi peribadi aku kan...

Simple jeh
Good bye Portobello
Okla..sampai sini jeh la entry travel nih.kali nak baca details pasal london, rasanya kebanyakkan quite common kan. Tak yah la aku nak story semua. Dalam entry yang lepas lepas pun dah penah share dah..heheh..lepas ni nak cerita hal raya and hal hal yang lain pulak until next travellling.....adiosss. and salam sayang buat semua........

Terima kasih, datang lagi.

An Evening in Brussel

NoorNazuha | 7:58 PM | 15Comments |
Salam buat teman teman blogger..lately ni rajin plak nak update blog...hehe..ada la masa lapang sikit..sebelum busy balik. Aku nak share sikit tentang apa yang menarik di Brussel ni. Masa kami pergi, memang timing kira nice la jugak..masa tuh summer. So sale memang sakan la kat sana. Bestnya kalau aku bawak banyak duit..Haeven shopping la....so aku hanya tengok tengok jeh la barang barang  tuh, yang mana mampu, aku rembat...
Enjoying myself
from our hop on and off bus

Central of Brussel
Just imagine, sampai jeh ke bandar Brussel ni, kami tak breakfast. Biasalah gi tempat tempat macam ni tempat makan susah sikit nak cari. Bila dah masuk tengahri, mu la kami busy nak cari kedai makan halal. Pusing punye pusing, baru la kami nampak ada kedai arab jual kebab. Nak cari yang halal kat sini, makan kebab jeh la. Yang lain memang tak yakin.

Our lunch that day
Lepas makan, baru la dapat tenaga. Aku memang dah keletehan tahap maksima. Banyangkan. Kami dah menjejak ke hampir 4 negara tanpa tidur yang cukup. Hanya tidur dalam flight and dalam bas. Rasa longgar sendi sendi kaki aku neh nak melangkah. Tapi nak punya pasal..aku push jugak...hahaha..okla..jom layan summer sale kat Brussel ni pulak. Memang best la..bajet jeh tak ada. Kalo cukup, memang aku borong la...

Brides sale..
Fridge Magnet
Scarf Euro2
Leather Jacket for winter
Perfume shop
Tak semua tempat kami sempat ronda pun. Tambahan lagi hujan asyik turun hari tuh. Dahla cuaca memang sejuk. Tambah dengan hujan. Dah 3 lapis baju aku pakai, still shacking lagi..hahaha..memang tak boleh tinggal kat europe la orang macam aku ni....

Satu lagi point menarik kat sini, coklat dan aiskrim yang pelbagai jenis dan murah. Antara coklat yang terkenal ialah Godiva. Rasanya kat KLCC tuh memang mahal. Kat sini pun harga boleh tahan la. Aku tak beli pun...

one of the outlet
So expensive
Yummyyy
Tak mampu jugak...huhu....
Nak bagi gift pun ok....
Nice box
Dah habis meronda ronda area butik butikl coklat ni, kami merayap pulak kat area butik pastry dan ais krim kat sini. Sebenarnya area ni dah tak jauh dar Central Station kat Brussel ni. Kat sini ada market, ada banyak groceries dan jugak kedai kedai souveniers.. Masa sampai sini, waktu dah lebih kurang pukul 4 macam tuh. Cuaca agak mendung sebab lepas hujan. Memang sejuk tak terkata. Aku dah menggigil gigil dah walaupun dah pakai 3 lapis..kehkeh....jom tengok apa ada kat area sini lak..

Jeling jeling pulak mat salleh neh!
Romantik pulak couple tuh....
Masa jalan jalan tuh, kami jumpa Ais krim best punye....tapi kena cek dulu la halal ke tak..nasib baik la buddy aku ni tau sikit bab bab kandungan dalam pastry and coklat sebab dia kerja bahagian Pastry. Boleh la dalam cuaca sejuk tuh kitaorang melahap aiskrim....nyummmmmm.......

ermmmmm...
enjoying my ice cream..harga 1 euro jeh
Lepas lepak lepak area ni...hari dah beransur petang. Kami terus lalu pasar berdekatan kat sini nak tengok pape yang patut. Orang dah mulai ramai. Maybe nak shopping dan sebagainya...

Leisure time
The clown
Bicycle for rental

me again....
Dan beberapa jam lagi kami akan meninggalkan bumi Belgium. Rasa sedih pulak. Yelah, nak datang lagi tak tau bila kan..ada rezeki, boleh la.....bas kami akan berangkat balik ke London pukul  11.30PM.. Nasib baik area yang kami merayap rayap ni tak jauh dari bus stand macam aku explain tadi.So kami kena gerak dari Central Station ke North Station balik.
Getting busy
Central Station

Heading North Station
North Station
Memang awal kami sampai ke North ni. Mau dekat 4 jam menunggu bas. Takot terlepas la ni. Kang lain pulak citer. Masa ni memang sejuk sangat sangat. Kami asyik gelak jeh tengok gelagat orang yang lalu lalang area sini. Tak ada keja agaknya..hehehe...will miss you Brussel... semoga kita akan berjumpa lagi di lain waktu dan ketika....jika diberi kesempatan....
Good bye..et  Vous  Ratez....

Sampai sini dulu entry panjang ni..next entry aku nak citer plak pasal shopping kat Porto Bello Market pulak ye.....babai......


Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...